Cenderahati gelang manik elastik
Gelang manik elastik adalah sesuatu yang menyeronokkan dan mudah untuk dibuat secara DIY dan ia sesuai dibuat sebagai cenderahati jika anda ingin mengurangkan kos membeli cenderahati kerana cenderahati yang sedia ada di pasaran dijual dengan harga yang lebih mahal. Anda boleh membuatnya dari pelbagai jenis manik dalam pelbagai warna. Walaupun anda boleh membuat ini menggunakan mana-mana jenis manik yang ada, anda boleh mengikut tutorial ini untuk memberi anda asas untuk membuat gelang manik.
Petua gelang manik elastik
Satu tip sebelum anda mula membuat gelang manik adalah mempertimbangkan apa jenis manik yang akan menyembunyikan simpulan anda. Saya mendapati bahawa manik bersaiz kecil dalam 4mm adalah paling sesuai. Mana-mana yang lebih kecil akan menjadikan kerja anda lebih rumit.
Bahan yang diperlukan:
Pertama, kumpulkan manik dan bahan keperluan anda. Untuk gelang dalam projek ini, anda perlu:
- Sekitar 10 gram saiz 11 manik benih turquoise
- Dua manik biru sederhana besar
- Bahan/Tali elastik sepanjang 10 inci
- Gunting
- Glu
- 1 penyumbat manik
Mulakan kerja gelang anda
1.) Letakkan penyumbat manik hujung tali elastik anda.
2.) Kemudian masukkan manik biru sederhana besar dengan matanya yang lebih kecil menghala ke arah penyumbat manik.
3.) Masukkan satu lagi manik biru sederhana besar di arah bertentangan juga dengan matanya yang lebih kecil menghala ke arah penyumbat manik.
4.) Masukkan semua manik benih turquoise sehingga mencapai panjang dalam 6 inci setengah. Sekarang buat satu atau dua simpulan di hujung tali elastik dan buang tali yang berlebihan. Letakkan beberapa titis glu di bahagian yang disimpulkan dan biarkan glu kering sebelum memakai gelang anda.
Gelang yang disiapkan ini sesuai untuk kebanyakan orang yang memakai gelang dalam lingkungan saiz 7 hingga 7 ½ inci. Sudah tentunya, jika anda ingin membuat gelang yang lebih panjang, maka gunakanlah manik yang lebih banyak.

Leave a Reply