Butik pengantin boleh dikatakan sebagai pusat sehenti yang amat diperlukan ketika pasangan baru ingin melangsungkan majlis pernikahan, pertunangan atau perkahwinan. Butik pengantin telah menjadi satu business yang mendapat perhatian orang ramai disebabkan permintaan terhadap perkhidmatannya telah melonjak sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ini menyebabkan ramai ahli perniagaan khususnya wanita telah melaburkan modal untuk memulakan perniagaan ini.
Perkhidmatan-perkhidmatan Asas Yang Ada Di Butik Pengantin
- Baju Pengantin
Di sini, benda utama yang pengantin baru boleh dapat ialah pakaian pengantin. Pakaian pengantin yang disediakan adalah untuk dijual ataupun sekadar untuk disewa. Ia terpulang kepada pengantin baru untuk menentukan sama ada hendak membeli terus baju pengantin yang hendak dipakai pada majlis ataupun hanya sewa. Ramai yang berpendapat bahawa hari perkahwinan hanya sekali seumur hidup. Dengan itu, ramai yang lebih cenderung untuk membeli terus baju pengantin. Di samping itu, gaun pengantin yang baru juga boleh direka dan dijahit mengikut kesukaan pengantin tersebut.
- Juru Foto dan Juru Video
Selain itu, perkhidmatan juru foto dan juru video juga disediakan. Biasanya pakej foto dan video akan disediakan untuk pemilihan pasangan baru. Pakej foto dan video terdiri daripada kombinasi dua jenis iaitu jenis indoor dan jenis outdoor. Jenis indoor ialah pengambilan gambar dan video dibuat di pusat butik pengantin. Jenis outdoor pula, pengantin baru akan dibawa oleh juru gambar ke tepi laut, taman atau garden yang mempunyai pemandangan yang indah untuk sesi penangkapan gambar. Sesi penangkapan gambar merupakan satu proses yang amat memakan masa serta meletihkan. Juru video pula biasanya hantar wujud pada hari majlis perkahwinan. Di sini, juru video serta juru foto akan bertugas untuk merakam saat-saat manis dan meriah yang wujud pada majlis tersebut. Mereka sangat mahir dan tahu mengambil sudut yang sesuai untuk membuat perakaman.
- Juru Make up Ataupun Juru Solek
Perkhidmatan membuat solek ataupun make up ke atas pengantin merupakan salah satu servis yang paling menguntungkan kepada para pengusaha butik pengantin. Sekali sahaja membuat make up untuk hari perkahwinan, caj yang dikenakan agat mahal. Apabila pengantin baru memilih sesebuah butik, maka pada hari perkahwinan tersebut, mereka hanya perlu hadir ke butik tersebut. Segala make up, dandan rambut dan segalanya akan diuruskan oleh mereka.
Butik Pengantin Juga Menawarkan Perkhidmatan Di Dewan Majlis
Perkhidmatan untuk dekorasi pelamin turut dibekalkan oleh pusat pengantin. Pengantin baru hanya perlu memberitahu mereka tema perkahwinan yang mereka kehendaki dan bakinya akan diuruskan oleh mereka. Kek kahwin juga boleh ditempah dengan mereka. Dalam pada itu, trend terkini iaitu penyediaan cenderahati perkahwinan juga disediakan oleh butik pengantin. Mereka tahu ramai pengantin baru sanggup membelanjakan wang untuk item ini. Dengan itu, biasanya mereka mempunyai hubungan perniagaan dengan pembekal ataupun peruncit cenderahati. Jadi pengantin baru juga boleh membeli gift yang disukai dengan mereka. Selain itu, perkhidmatan seperti katering, kanopi dan khemah juga disediakan.
Butik Pengantin Juga Menyediakan Gift Kahwin

Leave a Reply