Bookmark atau Penanda Buku biasanya diperbuat daripada kad, kulit ataupun kain. Ia digunakan untuk menanda muka surat akhir yang telah dibaca. Dengan bantuan penanda buku, pembaca boleh dengan mudahnya kembali kepada muka surat terakhir yang dibaca. Tetapi, tahukah anda bahawa penanda buku itu sendiri ada banyak kegunaannya? Ia bukan sekadar penanda buku……
Bookmark Sebagai Gift Kahwin Tetamu, Gift Harijadi Kepada Tetamu ataupun Gift Kepada Sesuatu Acara
Kebanyakan penanda buku kini dibuat daripada bahan logam. Ini adalah kerana penanda buku yang diperbuat daripada kulit kertas dan kain tidak dapat menyerlahkan keanggunannya sebagai gift yang sesuai. Selain itu, penanda buku yang diperbuat daripada kertas dan kain mudah lusuh setelah sesuatu jangka masa. Penanda buku yang diperbuat daripada logam disalut dengan chrome menyerlahkan keangunannya dan amat sesuai untuk digunakan sebagai gift dalam sesuatu majlis atau acara. Anda boleh menempah dengan MyLovelyWedding untuk stok Bookmark yang sedia ada:
Bookmark Sebagai Aksesori Perhiasan Ringkas di Rumah
Mengikut pengalaman pengarang, penanda buku yang sentiasa diterima sebagai gift dalam majlis adalah diperbuat daripada kertas. Oleh kerana itu, penanda buku yang diterima itu tidak tahan lama dan cetakan atas penanda buku itu mudah pudar. Jika anda menerima penanda buku yang diperbuat daripada logam nipis sebagai gift kahwin, pastinya anda akan sayang untuk membuangnya dan ia boleh digunakan sebagai perhiasan ringkas di rumah anda mahupun di meja tulis ataupun almari papar anda.
Mengumpul Bookmark Sebagai Hobi
Seperti hobi mengumpul setem, mengumpul penanda buku juga boleh dijadikan hobi. Sesetengah penanda buku hanya didapati di sesetengah tempat dan negara itu sendiri dan amat unik sekali. Penanda buku seperti ini mempunyai nilai sentimentalnya sendiri dan amat sesuai untuk dikumpul .
Anda boleh menghulurkan pertanyaan anda kepada My Lovely Wedding jika anda ingin mencari bookmark yang berkualiti dan dengan harga yang murah dan berpatutan. My Lovely Wedding mempunyai stok yang sedia ada untuk sesetengah design dan anda juga boleh membuat pre-order untuk kebanyakan design yang ada.

Leave a Reply