Banyak wang telah dipakai untuk merancang majlis perkahwinan dan membayar kepada semua perkhidmatan yang disediakan oleh vendor perkahwinan anda. Memberi duit kopi ataupun “tip” kepada vendor perkahwinan merupakan satu lagi sesi yang berupa menambah garam di atas luka. Pengantin baru perlu menyediakan lagi sejumlah wang untuk tujuan tersebut.
Tip Kepada Vendor Perkahwinan Tanda Penghargaan
Para vendor perkahwinan mungkin tidak mengharapkan duit kopi daripada tuan rumah, tetapi sekiranya pekerja-pekerja mereka telah bertungkus lumus untuk menyediakan benda yang terbaik untuk hari perkahwinan anda, maka sebagai tuan rumah yang berhemah, memang patut kita beri duit kopi kepada mereka sebagai tanda menghargai segala sumbagan mereka.
Persoalannya, berapakah tip yang harus diberikan kepada vendor-vendor yang terlibat? Pengantin baru semasa membuat bajet perkahwinan seharusnya merangkumi item tip ini supaya ia tidak lari banyak daripada jumlah wang yang telah mereka peruntukki untuk majlis tersebut. Jumlah tip yang perlu diberikan adalah berdasarkan kepada beberapa faktor. Antaranya ialah jenis dan kualiti perkhidmatan yang mereka bekalkan semasa hari perkahwinan anda.
Anda boleh mengisi jumlah wang yang akan diberikan kepada setiap vendor di dalam sampul surat serta buat label agar tidak tersilap. Lantik seseorang untuk membantu anda untuk melaksanakan tugas tersebut. Contohnya ahli keluarga, bapa mertua ataupun kawan karib.
Antara Vendor Perkahwinan Yang Harus diberi Tip
• Juru Dandan Rambut dan Ahli Solek
• Juru Gambar Dan Juru Video
• Pekerja Upacara Kenduri Majlis
• Katering

Leave a Reply