Membeli cenderahati perkahwinan secara pukal merupakan satu idea yang dapat membantu pasangan baru untuk menjimatkan kos. Cenderahati perkahwinan ini boleh diberi di kedai-kedai yang menjual door gift ataupun melalui internet. Melalui belian secara pukal, wang yang dijimatkan boleh digunakan untuk berbulan madu atau untuk membiayai perbelanjaan lain semasa penyediaan majlis perkahwinan.
Apakah Cenderahati Perkahwinan Yang Anda Hendak?
Pengantin baru perlu tahu apa yang hendak digunakan sebagai door gift kahwin untuk dihadiahkan kepada tetamu jemputan kahwin. Ini lebih senang jika pengantin baru menggabungkan cita rasa serta personaliti sendiri semasa membuat keputusan. Pengantin baru juga boleh mendapatkan pandangan dan cadangan mengenai tempat untuk membeli cenderahati perkahwinan secara pukal daripada rakan-rakan serta sanak saudara. Cari di internet untuk mendapatkan maklumat penjual yang menawarkan door gift kahwin secara pukal.
Pilih Barang Yang Boleh Dimakan Sebagai Cenderahati Perkahwinan
Terdapat pelbagai jenis cenderahati perkahwinan yang boleh dibeli secara pukal. Anda boleh memilih barangan yang boleh dimakan untuk tujuan tersebut. Pembelian gula-gula secara pukal untuk dihadiahi kepada para jemputan kahwin merupakan satu idea yang bagus. Gula-gula tersebut boleh dimasukkan ke dalam mint tin, bag kertas atau kotak gula-gula. Anda juga boleh DIY gula-gula tersebut jika anda mempunyai bajet yang ketat. Selain gula-gula, anda juga boleh memilih coklat atau biskut.
Biskut Diisi Dalam Kotak Gula-gula Bulat dan Dihiasi dengan Pembungkus Organza.
Gula-gula dan coklat diisi didalam kotak logam mint tin segi empat
Membuat Perhiasan Ke atas Cenderahati Perkahwinan Yang Dibeli
Salah satu idea yang bagus ialah masukkan kesemua cenderahati perkahwinan buatan sendiri ke dalam satu beg besar. Selepas itu, tambahkan satu nota ringkas atau puisi ringkas yang ditulis atas kad dan ikatkan beg tersebut then reben satin. Ini pasti menarik perhatian orang ramai dengan keinginan untuk mengetahui apa yang terdapat dalam beg itu. Cenderahati perkahwinan buatan sendiri boleh terdiri daripada sabun buatan sendiri, lilin dan teh. Terdapat juga cenderahati perkahwinan yang bersifat peribadi jika anda inginkan sesuatu yang unik. Contohnya ialah cawan, pin dan pen berwarna-warni.
Kongsi Dengan Rakan
Jika anda mempunyai rakan yang akan berkahwin pada masa yang sama, maka anda boleh mengajaknya untuk membeli cenderahati perkahwinan secara kongsi. Anda pasti mendapat harga yang lebih murah jika beli secara borong. Pastikan anda berdua suka kepada cenderahati perkahwinan yang hendak dibeli.

Leave a Reply