Banyak keputusan harus dibuat ketika merancang hari perkahwinan anda. Selain daripada perlu menempah dewan majlis mungkin beberapa bulan awal ataupun setahun sebelum hari perkahwinan dan mencari pakaian pengantin yang sesuai, ada banyak lagi benda-benda yang harus dirancang, diatur dan keputusan harus dibuat. Contohnya, apakah warna yang akan digunakan sebagai tema majlis? Perlukah mengupah jurufoto ataupun juru video? Apakah jenis makanan yang harus disediakan, sama ada stail buffet ataupun hidangan meja? Dimanakah untuk membeli gift kahwin murah? Anda akan mula berasa sakit kepala apabila mendapati senarai item-item yang perlu ditentukan oleh anda berlambak. Untuk kategori hiburan, anda harus menentukan sama ada memilih band perkahwinan secara live ataupun deejay. Yang manakah lebih sesuai dan bagus untuk hari kebesaran anda?
Band Perkahwinan Tidak Sesuai Untuk Bajet Yang Ketat
Walau apa pun keputusan yang anda buat, pastinya ada kebaikan dan keburukan. Kos yang perlu dibayar merupakan elemen terpenting yang harus dinilai sebelum membuat keputusan khususnya bagi pengantin baru yang tidak mempunyai bajet wang yang banyak. Secara umumnya, anda perlu membayar wang ringgit yang banyak jikalau band perkahwinan secara live dipilih. Setiap band biasanya mempunyai beberapa ahli dan anda perlu membayar gaji kepada setiap ahli yang membuat persembahan. Alat-alat muzik yang digunakan juga akan dikenakan bayaran.
Deejay Untuk Majlis Perkahwinan
Berbanding dengan band, pelantikan deejay untuk majlis lebih menjimatkan kos. Biasanya anda hanya perlu melantik seorang DJ. Jadi, ia lebih jimat berbanding band secara live. Deejay juga boleh memainkan lagu-lagu yang anda kehendaki. Anda boleh sediakan senarai lagu-lagu yang sesuai untuk majlis anda, kemudian serahkan kepada DJ tersebut.
Ramai yang berpendapat, band perkahwinan secara live lebih mendapat sambutan pada masa kini. Ini disebabkan semasa membuat persembahan secara langsung, suasana majlis akan menjadi lebih menarik. Ahli-ahli band pada masa yang sama boleh berinteraksi dengan pengantin baru dan semua tetamu yang hadir. Persembahan juga boleh dibuat berdasarkan suasana pada masa tersebut..
Muzik Sebagai Hiburan Untuk Hari Perkahwinan

Leave a Reply