Bila anda dengar nama balang kaca mini siput laut, tentunya anda dapat membuat bayangan bahawa ianya terdiri daripada botol kaca kecil yang bersangkut paut dengan siput laut. Memang tepat dugaan atau bayangan anda. Item cenderahati perkahwinan yang kami bekalkan pada kali ini ialah siput laut ataupun seashell yang diisi di dalam balang kaca mini. Sila rujuk pada gambar yang disertakan di bawah:
Ciri-ciri Balang Kaca Mini Siput Laut
Terdapat pelbagai saiz diameter dan ketinggian kaca mini ini. Saiz yang ada pada masa ini ialah D30mm x H70mm dan D22mm X H70mm. Setiap balang kaca mini diisi beberapa biji siput laut dan di dalam setiap balang tersebut terdiri daripada pasir palsu yang beraneka warna. Ia kelihatan seakan-akan aquarium yang menunjukkan dasar laut yang dipenuhi siput dan pasir.
Balang kaca mini siput laut bukan hanya sekadar boleh diletak pada posisi menegak. Ia juga boleh diletakkan secara mendatar. Anda berasa hairan kan? Botol bulat kalau diletak mendatar pastinya menggolek dan jatuh pecah. Jangan bimbang. Setiap balang kaca mini ini dilekat dengan seketul pembawah untuk menyokongnya supaya tidak bergolek.
Balang Kaca Mini Siput Laut Membawa Maksud “Bon Voyage”
Apabila balang mini ini diletakkan secara mendatar, ia kelihatan seakan-akan sebuat kapal layar. Biasanya kapal layar membawa maksud selamat jalan. Jika tuan rumah ataupun pengantin baru memberi item ini sebagai cenderamata perkahwinan kepada tetamu jemputan majlis, secara tersiratnya ia berucap selamat jalan dan selamat sampai ke rumah kepada tetamu ketika tamat majlis nanti. Balang ini juga sangat praktikal. Ia boleh diletak di mana-mana sahaja selepas majlis.
Sudah pastinya tetamu undangan majlis tidak akan meninggalkan balang yang cantik, comel dan pratikal ini di dewan majlis. Mereka pasti akan membawanya pulang ke rumah sebagai perhiasan.

Leave a Reply