Ramai orang melangkah ke dunia perkahwinan dengan kepercayaan bahawa perkara yang buruk tidak akan berlaku, namum yang sering berlaku adalah disebaliknya. Selepas perkahwinan, suami isteri yang tinggal bersama akan nampak pelbagai tingkah laku ataupun cara hidup pasangan mereka di mana kesemua ini tidak ditunjukkan sebelum berkahwin. Kadang kala, tingkah laku tersebut tidak boleh diterima oleh si suami ataupun si isteri. Contohnya, makan nasi duduk di atas sofa sambil menonton tv mungkin amat dibenci oleh pasangan mereka. Lama kelamaan pastinya berlaku pertengkaran dan jika suami isteri tidak mencari kaedah yang baik untuk mengatasi masalah ini, pastinya hubungan menjadi tegang. Di sini, ada beberapa cara untuk membantu anda mengekalkan hubungan suami isteri.
Luangkan Masa Bersama… Berdua-duaan Sahaja Selepas Perkahwinan
Apabila pertengkaran berlaku, secara automatik si suami dan si isteri akan cuba untuk menjarakkan mereka antara satu sama lain dan tidak ingin menghabiskan masa bersama. Yang saya maksudkan berdua-duaan ialah masa hanya si suami dan si isteri bersama. Masa untuk berdua-duaan tidak banyak sebenarnya selepas perkahwinan. Lebih-lebih lagi bagi pasangan baru yang tinggal bersama ibu bapa. Selepas mendapat cahaya mata, masa berdua-duaan akan lebih berkurangan. Oleh itu, dalam usaha untuk memupuk hubungan, suami isteri perlu meluangkan masa untuk dating. Waktu yang paling sesuai ialah malam di mana waktu malam ialah masa untuk berehat, suami isteri boleh bercakap tentang perkara-perkara yang disukai mereka sama seperti ketika belum berkahwin. Kaedah ini boleh memperbaharui hubungan dan mengembalikan kekuatan ikatan perkahwinan antara mereka.
Suami Isteri Perlukan Masa Peribadi Selepas Perkahwinan
Walaupun agak bercanggahan dengan nasihat di atas, tapi suami isteri memang memerlukan sudut peribadi. Sekiranya suami isteri sentiasa bersama, menyaksikan perkara yang sama, melalui saat-saat yang sama, maka apabila sampainya masa untuk berkongsi tiada apa-apa yang baru untuk dilaporkan. Kemampuan untuk membawa isu-isu atau perkara baru untuk dikongsi dengan pasangan hidup adalah sangat berguna dan mustahak untuk memupuk tali perhubugan tersebut. Suami boleh menghabiskan masa peribadi untuk membuat barang yang disukainya seperti membaiki basikalnya manakala isteri boleh membuat sulaman reben di rumah. Mereka boleh berkongsi hasil kerja mereka nanti.
Kaunseling Untuk Memupuk Hubungan Perkahwinan
Tidak kira suami atau isteri, kadang kala agak sukar untuk memahami isu-isu yang berlaku dalam perkahwinan mereka. Akan tetapi, ia sangat mudah diperhatikan oleh pihak ketiga. Ia mungkin kedengaran aneh, tetapi ia memang hakikatnya. Oleh itu, suami isteri boleh mendapatkan bimbingan kaunseling dengan menceritakan hal-hal yang mereka hadapi setiap hari dalam rumah tangga yang baru dibina. Ahli kaunseling dengan senang boleh memberi petunjuk kepada mereka cara untuk menyelesaikan isu tersebut. Bimbingan yang diberikan pastinya dapat memperbetulkan hubungan suami isteri.
Perkahwinan berdasarkan cinta, namun mereka tinggal bersama kerana komitmen. Jika anda adalah komited, anda akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan perkahwinan yang berjaya.

Leave a Reply