Setiap tahun terutamanya hujung tahun, pasti ramai pengantin baru akan mengadakan majlis perkahwinan. Ini adalah kerana terdapatnya cuti sekolah serta cuti tahunan kerja yang boleh dihabiskan. Bagi anda yang menerima kad jemputan kahwin daripada kawan-kawan atau sanak-saudara yang bakal berkahwin pada hujung tahun ini, anda perlu meluangkan sedikit masa untuk memikirkan hadiah apa yang perlu disediakan ketika menghadiri majlis perkahwinan mereka.
Wang Tunai Adalah Hadiah Yang Paling Praktikal Untuk Pengantin Baru
Bagi mereka yang sudah berkahwin pasti tahu bahawa banyak wang dibelanjakan ketika merancang dan mengadakan hari perkahwinan. Mas kahwin, kenduri makan, perbelanjaan sewa dewan, baju pengantin, gambar perkahwinan, cenderahati perkahwinan dan lain-lain menelan kos yang tinggi. Ramai yang kehabisan tabungan di bank sekadar untuk mengadakan majlis perkahwinan yang meriah kerana ia merupakan majlis yang diadakan sekali seumur hidup.
Oleh itu, bagi anda yang dijemput untuk menghadiri majlis, wang tunai merupakan hadiah yang paling praktikal kepada pengantin baru. Mereka boleh menggunakan wang tunai tersebut untuk tujuan-tujuan seperti membayar sewa dewan, bayaran kenduri makan dan baki yang tinggal boleh digunakan untuk tabungan di bank atau untuk berbulan madu. Pemberian wang tunai adalah lebih baik berbanding dengan penyediaan hadiah kepada mereka. Hadiah yang anda sediakan mungkin tidak bersesuaian ataupun telah dimiliki oleh mereka.
Hadiah Berupa Barangan Yang Diperlukan Oleh Pengantin Baru
Jika anda merupakan kawan karib dan amat memahami si pengantin baru, maka anda boleh membeli hadiah yang berupa barangan kepada mereka. Anda harus ketahui keperluan mereka, sekiranya tidak, maka anda harus memilih untuk memberi hadiah berbentuk wang tunai untuk mengelakkan pembaziran. Barangan yang diberikan mestilah betul-betul diperlukan oleh mereka. Contohnya jika anda tahu pengantin baru suka melakukan senaman yoga, maka anda boleh membeli peralatan yang berkaitan dengan senaman tersebut untuk mereka. Anda boleh membeli yoga mat, yoga pants ataupun yoga towel untuk mereka. Klik untuk maklumat lanjut mengenai peralatan untuk senaman yoga.
Barangan Yang Boleh Dihadiahkan Kepada Pengantin Baru.

Leave a Reply