Memilih tempat, lokasi ataupun dewan untuk melangsungkan majlis perkahwinan merupakan perkara utama yang harus difikirkan ketika merancang untuk berkahwin. Perkara ini juga paling menelan kos. Pemilihan tempat majlis perkahwinan anda biasanya ditentukan oleh faktor tarikh, masa dan saiz majlis. Kadang-kala pemilihan vendor seperti catering, hiburan dan sebagainya turut merupakan faktor sampingan kerana di sesetengah tempat, pemilik tersebut hanya membenarkan vendor-vendor yang terpilih untuk menggunakan tempat mereka. Biasanya vendor-vendor terpilih mempunyai business secara langsung dengan pemilik dewan.
Pada waktu masa puncak seperti cuti umum, cuti sekolah ataupun musim kahwin, biasanya sewa untuk tempat, lokasi ataupun dewan akan lebih mahal. Ini menyebabkan ramai pengantin baru tidak mampu untuk menanggung kos tersebut. Berita baiknya, ada beberapa lokasi pilihan yang boleh jimat wang iaitu tempat awam. Untuk pengantin yang bajet tak banyak, tempat awam boleh dipertimbangkan. Namun terdapat pro and kon untuk tempat awam juga.
Kebaikan Mengadakan Majlis Perkahwinan Di Tempat Awam
- Banyak ruang awam menampilkan landskap yang indah dengan banyak ruang Ada juga yang mempunyai bangunan-bangunan di tapak yang boleh disewa dengan Kos rendah, ruang awam sering percuma dan hanya memerlukan tempahan.
- Murah, kos sewa untuk tempat awam lebih murah berbanding dewan persendirian. Kadang kala, tempat awam tidak diperlukan sebarang bayaran. Anda hanya perlu membuat permohonan terlebih dahulu dan sampah-sarap harus dibersihkan sendiri selepas tamat majlis.
Keburukan Mengadakan Majlis Perkahwinan Di Tempat Awam
- Orang lain – akan terdapat orang lain di majlis perkahwinan anda kerana ia merupakan tempat awam.
- Peraturan – tempat awam biasanya ada beberapa peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Contohnya perhiasan dan minuman keras tidak dibenarkan.
- Mungkin tidak terdapat tempat berteduh ketika hujan.
Tempat-tempat Awam Yang Sesuai Untuk Majlis Perkahwinan
Terdapat beberapa tempat awam yang sesuai untuk majlis. Antaranya ialah tepi laut, taman negara, tempat rekreasi dan sebagainya. Sebelum menetapkan tempat awam untuk majlis, pastikan anda membuat semakan dengan pihak berkuasa tempatan. Kebenaran daripada mereka perlu diperolehi agar majlis anda berjalan lancar nanti.

Leave a Reply