Perkataan Yoga berasal daripada bahasa Sanskrit yuj yang bermakna untuk menyertai atau bersatu. Yoga dipercayai diamalkan sejak 5000 tahun dahulu dan mereka yang mengamalkannya dikenali sebagai yogis. Yoga adalah berasal dari India. Matlamat mengamalkan Yoga ialah untuk mencapai kehidupan yang bahagia dan seimbang, dalam erti kata lain, untuk mencapai kebebasan mutlak. Yoga berfungsi melalui postur tertentu pada bahagian-bahagian tertentu badan yang digabungkan dengan teknik pernafasan untuk menyatukan fikiran, badan dan jiwa.
Jenis-jenis Yoga
Senaman yoga telah berkembang sejak beberapa tahun ini. Terdapat banyak jenis yang anda boleh pelajari. Antara jenis senaman yang popular adalah seperti berikut;
- Asana
Asana ialah bahasa Sanskrit yang bermaksud postur. Bermakna, mengamalkan Yoga dengan objektif menguasai atau mencapai postur badan atau kedudukan badan tertentu.
- Hartha
Salah satu jenis yoga yang paling popular. Senaman jenis ini sesuai untuk mereka yang baru terlibat dalam aktiviti ini. Ia lebih bersifat lembut diganding dengan pergerakan perlahan. Di samping merehatkan minda anda, Hartha Yoga adalah cara yang baik untuk meregangkan dan mengerakkan otot anda.
- Iyengar
Hampir serupa dengan Hartha Yoga. Yang membezakannya Iyengar lebih tertumpu ke arah penjajaran dan keseimbangan badan. Pengekalan posisi badan adalah lebih lama.
- Bikram
Yoga jenis ini diamalkan di dalam bilik panas, biasanya 105 darjah Fahrenheit ataupun 40 darjah Celcius. Tujuannya adalah untuk melonggarkan otot anda membolehkan peluh untuk membersihkan badan. Senaman jenis ini dipercayai boleh membersihkan badan seseorang daripada toksik dan penyakit.
Peralatan Yang Diperlukan Untuk Senaman Yoga
Sebelum memulakan senaman yoga, anda perlu menyediakan beberapa peralatan agar senaman anda lebih lancar dan selamat.
1. Yoga Mat (Eco-Friendly)
Anda memerlukan satu yoga mat yang berkualiti untuk melindungi badan anda. Bahan yang digunakan untuk membuat mat tersebut juga amat penting. Pastikan ia adalah 100% mesra alam dan bebas daripada toksik terutamanya plumbum. Terdapat dua jenis yoga mat yang ada iaitu yang saiz biasa dan yang saiz besar.
Saiz Biasa: 6mm x 610mm x 1730mm
Saiz Biasa: 6mm x 610mm x 1830mm
2. Yoga Towel
Permukaan tuala yang terdiri daripada manik kecil untuk cengkaman kuat. Bagi mereka yang kuat peluh semasa bersenam, towel ini adalah penyelesaian yang terbaik kerana ia merupakan penyerap peluh yang kuat, tahan lama dan selesa ketika menggunakannya. Perlu diingatkan bahawa towel ini perlu digunakan bersama dengan yoga mat di atas. Anda hanya perlu meletakkan towel ini ke atas yoga mat yang sedia ada.
3. Yoga Pants
Anda juga memerlukan seluar yang bersesuaian ketika melakukan senaman jenis ini. Seluar ini diperbuat daripada 95% cotton dan campuran kain rayon. Seluar ini adalah elastik dan tidak mudah koyak.
4. Yoga Mat Bag
Untuk melindungi serta menyenangkan anda, yoga mat anda boleh disimpan di dalam bag yang khas direka untuknya. Pelbagai jenis rekaan dan warna untuk pilihan anda.
Yoga Mat Bag

Leave a Reply