Untuk mengadakan majlis perkahwinan, kita memerlukan sejumlah wang yang besar. Perbelanjaan dari segi pakaian pengantin, pemberian mas kahwin, catering, upah jurufoto dan juru video, sewa dewan majlis perkahwinan dan lain-lain lagi. Ini tidak termasuk lagi perbelanjaan ke atas door gift kahwin. Untuk mengurangkan beban pengantin baru, di sini terdapat 5 cara terbaik untuk mengurangkan kos perkahwinan dikongsi.
Siapa yang Anda Ingin Jemput Ke Majlis Perkahwinan Anda
Anda seharusnya menyediakan satu senarai nama tetamu yang ingin dijemput ke majlis anda. Sila mulakan dengan sanak-saudara, rakan karib dan rakan sekerja. Sila abaikan orang-orang yang tidak begitu rapat dengan anda. Sudah tentu majlis perkahwinan yang sederhana lebih menjimatkan wang ringgit anda berbanding dengan majlis yang besar.
Dapat Dewan Majlis Perkahwinan Yang Sesuai
Selepas menyenaraikan tetamu yang ingin dijemput, anda boleh membuat pemilihan lokasi majlis mengikut jumlah tetamu yang hadir. Anda boleh membuat tinjauan dengan menggunakan internet dan mendapat harga yang paling minima. Anda boleh merujuk sini untuk maklumat lanjut mengenai dewan.
Majlis Perkahwinan Pada Musim Biasa
Jika boleh, anda seharusnya mencuba untuk mengelakkan memilih tarikh seperti musim perayaan atau cuti sekolah semasa berkahwin. Pada kebiasaanya, dewan dan catering akan mahal kerana terdapat permintaan yang tinggi. Bagi masyarakat Cina, mereka suka memilih bulan Lapan Kalendar Cina. Jadi pada bulan tersebut, dewan, jurufoto dan juru video pasti menjadi rebutan ramai. Dengan itu, harga mereka akan meningkat.
DIY Barang Perhiasan Dan Kad Jemputan Kahwin
Barang perhiasan dalam dewan majlis dan kad jemputan kahwin boleh dibuat sendiri untuk menjimatkan kos. Terdapat banyak laman web di internet yang boleh dirujuk.
Beli Pakaian Pengantin Terpakai
Saya pasti semua pengantin perempuan inginkan gaun yang cantik dan baru. Mereka pasti marah jika anda membeli pakaian pengantin terpakai untuknya. Tetapi , setiap gaun pengantin yang dipakai oleh pemiliknya hanyalah sekadar 12 jam ataupun setengah hari. Jika anda membeli dari butik kahwin yang khususnya menjual gaun pengantin terpakai, anda tidak perlu risau mengenai kebersihan gaun tersebut kerana mereka pasti mencucinya dengan elok. Anda pasti tidak dapat membezakan bahawa ianya baru ataupun terpakai.
Dengan semua tips di atas, saya berharap anda dapat mengurangkan kos majlis perkahwinan anda ke tahap yang paling minima.

Leave a Reply