Berikut adalah tips perkahwinan yang dikongsi oleh Ustaz Azhar Idrus.
1. Ketika Mencari Calon
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah cari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. Ketika Melamar
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. Ketika Akad Nikah
Anda berdua bukan bernikah di hadapan penghulu, tetapi bernikah di hadapan Allah.
4. Ketika Resepsi Pernikahan
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk bercerai kerana anda sia-siakan doa mereka.
5. Ketika Malam Pertama
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. Hidup Berkeluarga
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak berlukar yang penuh onak dan duri.
7. Ketika Rumah Tangga Goyah
Jangan Saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.
8. Ketika Belum Memiliki Anak
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. Ketika Memilik Anak
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintailah anak-anak anda masing-masing 100%.
10. Ketika Ekonomi Merundum
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11. Ketika Ekonomi Baik
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. Ketika Anda Adalah Suami
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.
13. Ketika Anda Adalah Isteri
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
Sekiranya semua pengantin baru dapat mengikut tips perkahwinan di atas, saya rasa masalah keruntuhan rumah tangga dan kes cerai dapat dikekalkan pada tahap yang paling minima.

Leave a Reply