Peruncit Dan Pemborong Reben

pemborong reben

Terdapat banyak pemborong reben dan peruncit reben di Negara kita. Mereka sama ada beroperasi dengan membuka kedai atau dengan menggunakan internet. Apa jua jenis cara operasi yang dipilih, anda sebagai pembeli sudah pasti mempunyai banyak pilihan dari segi saiz, warna serta jenis reben yang anda kehendaki. Harga jualan juga adalah berpatutan.

Pemborong Reben Yang Boleh Dipercayai

Anda harus mencari pemborong reben yang boleh dipercayai semasa hendak membeli reben, terutamanya kuantiti yang hendak dipakai adalah sangat banyak. Cuba bayangkan anda telah membeli reben dengan salah satu pemborong reben, tetapi apabila tiba masanya untuk majlis anda, pemborong tersebut memberitahu anda bahawa reben yang anda tempah tidak dapat dihantar. Alasan yang diberi oleh pemborong tersebut langsung tidak masuk akal seperti kelewatan penghantaran dari Negara sumber dan lain-lain. Bukankah pemborong tersebut perlu mengambil kira tempoh masa  yang diperlukan untuk mengimport dari Negara sumber atau jumlah hari yang diperlukan untuk membuat reben tersebut.

Sekiranya anda membeli dengan mylovelywedding.net, masalah seperti diatas tidak akan berlaku. Kami beroperasi dengan menggunakan internet dan amat komited untuk memberi layanan yang terbaik kepada semua pelanggan kami. Tidak kira kecil atau besar bilangan reben yang anda perlukan untuk menghiasi majlis anda atau untuk projek sulaman reben dan kraf reben, layanan yang terbaik pasti diberikan kepada anda. Sebelum menerima tempahan daripada anda, soalan pertama yang akan kami tanya ialah “bilakah reben tersebut hendak dipakai?” Setelah mengetahui tarikh dan masa, baru-lah kami membuat keputusan sama ada boleh menerima tempahan anda ataupun tidak.

Walau bagaimanapun, untuk mereka yang membeli secara kecil-kecilan, anda tidak perlu risau. Kami ada menyimpan stok untuk beberapa jenis warna reben yang berlainan. Antara jenis reben yang ada ialah reben grosgrain, metallic, reben satin, polka dot, reben velvet dan reben organza.

Pemborong Reben Yang Mesra Pembeli

Kami akan meluangkan masa yang sekerap boleh untuk menyediakan tutorial kepada semua pembeli reben. Dengan tutorial yang disediakan, anda boleh mendapat idea serta ilham untuk membuat sulaman reben dan bagaimana menggunakan reben yang berwarna-warni untuk menghiasi sesuatu majlis. Sulaman reben dan kraf reben bukan sahaja boleh dipupuk sebagai hobi masa lapang, tetapi ia boleh dikembangkan untuk menjadi suatu perniagaan yang berjaya. Contoh barangan reben yang dijual di pasaran pada masa ini ialah kerongsang reben rambut, brooch reben, bunga reben, reben bow dan sebagainya.

 

Pemborong Reben

Promosi Reben Satin

Bagi golongan yang suka menggunakan reben untuk membuat kraf reben atau sulaman reben pasti tahu apa itu reben satin. Reben satin merupakan salah satu jenis reben yang popular digunakan. Permukaannya yang lembut dan licin merupakan ciri-ciri utama reben tersebut.

Jualan Murah Hujung Tahun Untuk Reben Satin

Bagi yang ingin menggunakan reben yang beraneka warna untuk membuat bunga reben, headband reben, kerongsang reben, brooch reben dan sebagainya, kini ada satu berita baik buat anda. Kami telah melancarkan jualan murah ataupun promosi murah untuk reben satin. Dengan sekadar membayar RM100.00 anda akan menerima 30 roll reben satin yang berlainan warna. Panjang setiap reben ialah 22.5 meter ataupun 25 yards dengan lebar 20mm. Jika anda ingin memilih warna yang berulang ataupun sama, ia adalah tertakluk kepada stok yang ada.

Cara-cara untuk menempah Reben Satin

Anda boleh menempah reben dengan meninggalkan mesej anda di laman web ini. Penempahan juga boleh dibuat di kedai online ataupun online shopping cart kami. Seberang pertanyaan juga boleh dihantar ke emel kami iaitu mylovelywedding@rocketmail.com .

Reben yang ditempah akan dihantar dengan courier servis atau pos laju. Kos penghantaran hanyalah RM9.00.

reben satin

Reben Satin (20mm lebar x 22.5meter Panjang)

Kraf Reben, Embroidery Reben Dan Sulaman Reben

sulaman reben

Kraf reben dan sulaman reben merupakan seni kemahiran tangan yang diwarisi sejak turun temurun. Tujuan aktiviti ini adalah untuk perhiasan atau dekorasi dalaman ataupun untuk kegunaan komersial. Teknik menjahit reben ini adalah berbeza mengikut daya kreativiti penyulam reben tersebut.

Reben Organza Untuk Rekaan Corak Sulaman Reben

Dalam majlis perkahwinan, reben organza banyak digunakan untuk rekaan corak sulaman reben sama ada untuk membuat bunga reben untuk perhiasan baju pengantin ataupun sebagai brooch reben. Untuk hantaran kahwin ataupun dulang hantaran, reben organza digunakan untuk perhiasan. Ikatan bow dan kraf bunga reben ros diikat pada dulang-dulang tersebut agar ia kelihatan lebih cantik, menawan, elegan dan bertaraf tinggi. Bantal-bantal yang mempunyai sulaman bunga seperti bunga ros juga merupakan satu kemestian untuk menghiasi bilik pengantin dan pelamin kahwin. Cushion pada rumah pengantin baru turut ditukar dengan embroidery cushion cover yang cantik dengan sulaman bunga-bunga ros.

Saiz Dan Jenis Reben Yang Sesuai Untuk Sulaman Reben

Biasanya saiz reben yang berukuran 2” ataupun 50mm keatas digunakan. Permukaan yang lebar membolehkan para penyulam untuk melakukan sulaman reben motif bunga reben serong. Hasil sulaman juga akan kelihatan natural jika reben besar digunakan. Antara jenis reben yang selalu digunakan untuk kraf reben ialah reben satin, reben grosgrain dan reben organza.

Reben Organza

Reben Satin

Reben Grosgrain

Peluang Pekerjaan Yang Dihasilkan Oleh Aktiviti Sulaman Reben

Pada masa dahulu, aktiviti seperti kraf reben, sulaman reben dan embroidery reben diamalkan sebagai satu hobi oleh para wanita. Tujuannya adalah untuk menghasilkan rekaan yang cantik untuk menghiasi rumah. Permintaan ke atas hasil kerja kemahiran tangan ini telah meningkat pada hari ini. Contohnya oleh industri-industri perkahwinan seperti butik kahwin atau butik pengantin. Banyak corak-corak bunga sulaman reben disulam ke atas gaun pengantin. Dengan adanya permintaan ke atas pekerja kemahiran tangan ini, ramai juga institusi telah ditubuhkan untuk melatih pelajar-pelajar untuk menguasai teknik ini.

Sulaman Reben Ke Atas Tuala Perkahwinan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...