Kesilapan Biasa Ketika Membuat Perancangan Perkahwinan

Membuat perancangan untuk majlis perkahwinan serupa dengan bekerja sepenuh masa. Terlalu banyak benda dan elemen yang perlu diatur dan kadang-kala ia sangat susah untuk mengenal pasti sejauh manakah yang telah dipenuhi. Kebiasaannya, pengantin perempuan selalu membuat kesilapan ketika dalam proses perancangan perkahwinan yang akhirnya menimbulkan tekanan kepada diri mereka sendiri. Berikut adalah beberapa kesilapan yang paling biasa berlaku dan cara-cara untuk mengelakkannya turut dikongsi.

Perkara-Perkara Yang Harus Difikirkan Ketika Merancang Perkahwinan

  • Setelah bertunang, pihak perempuan dengan serta-merta bermula membuat perancangan untuk hari perkahwinan. Antara yang mereka suka fikirkan ialah warna tema perkahwinan, lokasi ataupun tempat untuk mengadakan majlis serta jamuan makan, pakainan pengantin, jenis cenderahati perkahwinan yang harus disediakan dan pelbagai lagi butir-butir walaupun mereka belum lagi memikirkan benda yang paling asas. Kesilapan pertama yang harus dielakkan ialah jangan membuat perancangan yang besar tanpa menyediakan senarai tetamu yang hendak dijemput. Anda perlu tahu berapa tetamu yang akan hadir baru boleh memilih lokasi atau dewan. Sekiranya anda sangat suka kepada salah satu dewan di bandar, namun ia tidak berguna kerana ruang dewan tersebut tidak mampu untuk memuatkan 300 tetamu yang akan hadir. Dengan adanya senarai tetamu, anda juga boleh menentukan jumlah makanan yang harus disediakan.
  • Salah satu kesilapan yang biasa dibuat oleh bakal pengantin perempuan ialah ketika memutuskan saiz baju pengantin. Selalunya, mereka akan mencari baju pengantin terlebih awal dan saiz yang dipilih biasanya lebih kecil daripada saiz badan mereka. Ini kerana mereka ingin mengambil kesempatan ini untuk melangsingkan badannya. Ini mungkin mengakibatkan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Sekiranya saiz badan tidak dapat dikuruskan, maka ia akan menjadi satu isu. Cara yang baik ialah, bakal pengantin memilih saiz sedia kala. Dalam masa menanti hari perkahwinan, mereka boleh cuba untuk menguruskan badan. Sekiranya berjaya, pakaian pengantin tersebut boleh diubahsuai menjadi kecil. Harus diingat, baju pengantin yang besar boleh dikecilkan oleh tukang jahit, manakala baju yang kecil tidak boleh diperbesarkan.
  • Jangan melibatkan diri dalam semua perancangan. Biarkan yang profesional seperti wedding planner untuk membantu anda. Pilih dua atau tiga butir yang anda suka dan yang baki biarkan orang lain yang rancang. Pengantin baru seharusnya mempunyai masa untuk menikmati hari perkahwinannya.
  • Kesilapan yang sentiasa berlaku juga ialah ketika membuat bajet. Perbincangan harus dibuat dengan tunang sebelum membuat perancangan perkahwinan. Buat survey di pasaran tentang harga-harga barangan yang akan digunakan untuk majlis. Contohnya, survey di butik pengantin, perkhidmatan katering, pemborong gift kahwin dan sebagainya untuk mendapatkan harga yang berpatutan. Contohnya jika harga gaun pengantin jauh lebih mahal daripada bajet anda, maka perbincangan boleh dibuat dengan tunang. Di sini, mereka boleh mengurangkan bajet untuk perbelanjaan lain untuk membeli gaun pengantin tersebut. Walau bagaimanapun, ia terpulang kepada pengantin tersebut untuk memutuskan sama ada penambahan perbelanjaan ke atas gaun pengantin adalah lebih berbaloi.

Perancangan Perkahwinan Melibatkan Pemilihan Lokasi Yang Betul

Perancangan perkahwinan melibatkan pemilihan lokasi yang betul, penentuan jenis bunga dan mencari gaun pengantin yang disukai. Dalam proses tersebut, sila elakkan kesilapan yang dibincangkan di atas. Setiap keputusan yang dibuat haruslah realistik. Jangan terlebih dan rancang mengikut bajet anda.

perkahwinan

Perancangan Perkahwinan

Hiasan Meja Unsur Penting Dalam Majlis Perkahwinan

Biasanya pada hari perkahwinan, para tetamu jemputan akan menumpu perhatian kepada pengantin baru dan baju pengantin yang dipakai oleh mereka. Akan tetapi apabila para tetamu sudah beralih perhatian daripada anda, maka mereka akan memerhatikan suasana ataupun perhiasan di sekeliling dewan. Yang paling menarik perhatian mereka ialah hiasan pada meja makan yang disediakan oleh anda. Oleh itu, anda sebagai pengantin baru harus meluangkan sedikit masa untuk menghiasi meja yang disediakan di dewan majlis.

perkahwinan

Sumber Gambar

Perkara yang betul-betul penting untuk  dipertimbangkan ialah dengan cara mana anda inginkan meja tersebut dipaparkan. Anda harus membuat pengiraan tentang jumlah tetamu yang akan hadir ke majlis anda. Dengan itu, anda boleh menentukan berapa meja yang diperlukan serta berapa orang yang akan berkongsi meja tersebut. Untuk meja utama, ia adalah untuk anda dan pasangan anda, ibu bapa kedua pihak, pengapit lelaki & perempuan.

Hiasan Meja Perkahwinan

Bunga semestinya memberikan tumpuan cantik ke atas setiap meja. Jadi, anda boleh memilih jenis warna yang anda suka serta bagaimana untuk memaparkannya di atas meja. Pastikan setiap bunga dan pasu tidak terlalu tinggi. Pasu dan bunga yang tinggi akan mengganggu pandangan tetamu di meja tersebut. Anda perlu memilih alas meja yang cantik, sarung kerusi dan cenderahati perkahwinan yang unik untuk dipaparkan di atas meja. Sudu, gelas, pinggan dan mangkuk yang cantik serta elegan pastinya mampu disediakan oleh pusat perkhidmatan katering.

Thema Untuk Meja Majlis Perkahwinan

Anda boleh melabelkan setiap meja makan dengan nama yang istimewa. Sekiranya boleh, sila elakkan perlabelan meja makan dengan nombor kerana ia akan kelihatan tidak elegan. Contohnya setiap meja boleh dilabelkan dengan nama Negara yang pernah dilawati oleh anda ataupun dengan nama pelakon-pelakon atau penyanyi-penyanyi yang terkenal. Tema perkahwinan anda juga harus merangkumi meja makan. Jikalau tema majlis anda adalah warna pink, maka segala hiasa pada meja tersebut haruslah mengandungi unsur-usur yang berkaitan dengan warna pink.

Hari Perkahwinan merupakan hari yang paling penting dalam seumur hidup. Pastikan anda meluangkan masa yang secukupnya untuk membuat perancangan yang teliti agar hari tersebut dapat dilangsungkan dalam keadaan yang sempurna.

Hiasan Di Permukaan Meja Mengikut Tema Perkahwinan

Jenis-Jenis Cenderahati Perkahwinan Yang Menceriakan Suasana Majlis

Hari Perkahwinan merupakan hari yang paling penting dalam seumur hidup anda. Majlis perkahwinan yang anda akan adakan pastinya majlis yang hebat tidak kira di mana jua ia dilangsungkan, makanan yang dihidangkan dan jenis tema yang anda amalkan. Yang penting, anda dapat mendirikan rumah tangga bersama orang yang anda kasihi serta disaksikan oleh ahli-ahli keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan.

Walau bagaimanapun, hari perkahwinan anda juga merupakan peluang yang terbaik bagi pengantin baru untuk meninggalkan pengalaman dan kenangan yang berkekalan untuk para tetamu yang hadir pada hari tersebut.  Jadi, anda harus menggunakan sedikit masa untuk menyelaras dan merancang majlis perkahwinan yang sukar dilupai serta unik. Berikut adalah 3 jenis cenderahati perkahwinan yang boleh dipertimbangkan semasa anda membuat perancangan di hari kebesaran anda. Ketiga-tiga jenis cenderahati ini memainkan peranan yang besar untuk menceriakan majlis anda.

Mancis Perkahwinan (Wedding Matches)

Merupakan salah satu gift kahwin yang traditional di Negara-negara barat. Maklumat yang berkaitan dengan hari perkahwinan boleh dicetak di atas kotak mancis tersebut. Contohnya nama pengantin baru dan tarikh majlis. Rekaannya juga boleh dipadankan dengan tema majlis. Ia merupakan cenderahati yang anggun dan mampu milik. Berbeza dengan gift kahwin yang lain, mancis perkahwinan senang dibawa balik oleh setiap tetamu dan boleh digunakan oleh mereka ketika ingin menyalakan api. Mereka akan teringat hari perkahwinan anda apabila terlihat maklumat yang tercetak di kotak tersebut.

Koozies Tin Untuk Minuman Majlis Perkahwinan

Koozies tin agak popular pada masa kini. Ramai yang memilihnya sebagai hadiah kepada tetamu yang datang ke majlis sama ada majlis harijadi, majlis kahwin ataupun majlis-majlis lain yang ada sesi makan minum. Kegunaan koozies tin ialah mengekalkan suhu pada minuman bertin. Saya rasa pastinya semua orang suka minuman tin coca-cola dalam keadaan yang sejuk. Nama pengantin baru dan maklumat lain juga boleh dicetak di koozies tersebut.

perkahwinan

Pembungkus Gula-gula

Semua orang sukakan gula-gula. Jadi ia merupakan cenderahati perkahwinan yang paling disukai ramai. Sekiranya anda menyediakan gula-gula tanpa sebarang pembalut ataupun sampul yang cantik, unik dan menawan, maka gula-gula tersebut tidak menarik langsung. Anda boleh desain sendiri pembalut atau sampul gula-gula, kemudian masukkan gula-gula tersebut ke dalamnya dan hiasinya dengan reben.

Jika ketiga-tiga cenderahati perkahwinan di atas gagal memenuhi kehendak anda, sila pilih di kedai online kami di www.mylovelywedding.net/store. Saya yakin, pastinya anda terpikat dengan salah satu daripada gift kami.




>Penjual Cenderahati Perkahwinan Secara Online

Kepentingan Senarai Perbelanjaan Untuk Perkahwinan

Untuk mengadakan suatu majlis perkahwinan, banyak wang dan masa diperlukan. Ia tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa dan tanpa perancangan yang teliti dan terlebih awal, saya percaya bukan semua orang mampu untuk merancang majlis perkahwinan yang mewah dan berkualiti.

Oleh itu, bagi setiap pasangan yang bercadang untuk melangkah ke dunia perkahwinan, mereka sepatutnya menyediakan senarai perbelanjaan khususnya untuk hari perkahwinan mereka. Di dalam senarai tersebut, butiran-butiran seperti jenis-jenis perbelanjaan yang penting dan mesti diutamakan harus dititik-beratkan.

Setelah butiran-butiran yang terperinci siap disediakan, maka pasangan tersebut hendaklah menentukan anggaran perbelanjaan ataupun kos yang diperlukan untuk setiap butiran tersebut. Dengan menentukan setiap angka untuk butiran tersebut walaupun ia tidak semestinya seratus peratus tepat, namun dengan adanya angka tersebut, maka di situ anda boleh memperuntukkan wang ringgit anda untuk item tersebut. Contohnya untuk hantaran mas kahwin, anda boleh membuat anggaran pada hari ini walaupun tarikh perkahwinan anda belum ditentukan. Begitu juga untuk item-item lain seperti cenderahati perkahwinan, anda boleh membuat survey jenis gift kahwin yang terdapat di pasaran serta harganya.

Di dalam senarai perbelanjaan untuk perkahwinan, anda juga patut menyediakan ruangan untuk andaian jumlah tetamu yang hendak dijemput. Kiraan secara kasar boleh dijalankan bermula daripada ahli keluarga ke sanak-saudara serta jiran tetangga yang akan dijemput hadir. Bagi yang bekerja di syarikat yang besar dan mempunyai ramai kenalan ataupun rakan sekerja, bilangan tersebut juga harus dikira.

perkahwinan

Contoh Senarai Perbelanjaan Perkahwinan

Maklumat Yang Anda Harus Tahu Semasa Merancang Perkahwinan

perkahwinan

Sebagai pengantin yang bertuah yang bakal melangkah ke dunia perkahwinan, akan terdapat ahli keluarga, pengapit perempuan, dan rakan-rakan bersedia untuk menghulurkan bantuan dalam perancangan perkahwinan anda. Tetapi jika anda mengupah seseorang perancang perkahwinan, anda juga harus bertanggungjawab untuk berinteraksi dengan orang yang diupah. Berikut adalah lakaran ringkas apa yang anda akan perlu pertimbangkan.

Membuat Senarai Butiran Perkahwinan

Mulakan dengan membuat senarai. Tulis setiap tugas yang perlu dilakukan, tarikh di mana ia perlu diselesaikan dan siapakah yang akan melakukannya. Merangka satu sistem untuk merakam rancangan anda dan siapa yang dilantik untuk melaksanakannya. Pastikan anda menyediakan satu ruang untuk merekodkan nama dan nombor telefon bilangan vendor yang bakal anda gunakan semasa majlis perkahwinan anda.

Memilih Pengapit Pengantin

Anda mungkin memilih kawan rapat atau sepupu untuk memainkan peranan ini. Apa yang paling penting dalam pilihan anda ialah pengapit yang bakal dipilih itu adalah orang yang anda boleh harapkan serta mampu memberi bantuan dan sokongan pada hari perkahwinan nanti. Seminggu atau dua minggu sebelum majlis perkahwinan, pengantin baru boleh mengadakan sesi makan bersama mereka untuk menunjukkan penghargaan kepada pengapit tersebut.

Perancangan Keseluruhan Item-item Majlis Perkahwinan

Di sini, bakal pengantin baru akan mula untuk membeli belah barang-barang atau aksesori perkahwinan. Pembelian pakaian pengantin harus dilakukan secepat yang mungkin iaitu lebih kurang 6 bulan sebelum tarikh perkahwinan. Setelah baju pengantin siap dibeli, aksesori lain seperti kasut, cincin, rantai permata dan sebagainya turut disediakan. Pengapit pengantin harus pergi bersama pengantin baru semasa membeli pakaian pengantin agar baju pengapit boleh berpadanan dengan baju pengantin baru nanti.

Hari Perkahwinan

Pada hari perkahwinan, focus utama pengantin baru ialah untuk menjadi seorang pengantin baru yang ceria. Perkara-perkara lain seperti penyediaan cenderahati perkahwinan, layanan ke atas tetamu jemputan dan lain-lain seharusnya diatur susun oleh orang lain yang dilantik siap sebelum majlis. Pengantin baru harus sentiasa senyum agar gambar-gambar yang diambil oleh juru gambar cantik. Gambar tersebut merupakan kenangan manis untuk majlis anda.

Lilin Perkahwinan

Alas Cawan Berbentuk Bulat

alas cawan

Alas Cawan Bulat

Hai kawan-kawan. Produk terbaru kami untuk koleksi alas cawan telah mula dijual. Sekiranya anda berminat, sila hubungi kami ataupun membuat tempahan terus di kedai online kami.

Ciri-ciri Alas Cawan Bulat

Alas cawan bulat seperti namanya adalah berbentuk bulat. Rekaan yang bulat ini paling sempurna untuk tujuan sebagai alas cawan kerana boleh dikatakan 90% jenis cawan yang terdapat di pasaran adalah berbentuk bulat. Saiz alas ini adalah seperti berikut:

Length: 9cm x Width: 9cm x Height: 0.4cm

Setiap alas cawan bulat adalah dijual dalam set yang terdiri daripada dua keping.

Harga Diskaun Pukal Untuk Alas Cawan Bulat

Di sini, kami ada menawarkan pelbagai jenis linkungan harga untuk pembelian kuantiti yang berbeza. Semakin banyak yang anda beli, lebih banyak diskaun yang akan anda nikmati.

Senarai Harga Diskaun Pukal

20-99 sets RM3.80
100-199 sets RM3.30
200-299 sets RM3.10
300-499 sets RM3.00
500-999 sets RM2.90
1000 sets > RM2.80

Penambahan Item Yang Disyorkan Ke Atas Alas Cawan

Sekiranya anda berasa alas cawan bulat yang anda sediakan sebagai cendarahati perkahwinan tidak dapat menggambarkan pesonaliti anda, di sini anda boleh pertimbangkan cadangan kami iaitu dengan menambah stiker ataupun pelekat perkahwinan di alas cawan tersebut. Anda sebagai pengantin baru mungkin risau selepas penerimaan gift kahwin yang anda sediakan, tetamu jemputan mungkin akan lupa siapakah yang menghadiahi mereka gift kahwin tersebut kerana pada alas cawan ini tidak tertulis atau tercetak nama pengantin baru. Oleh itu, kami mencadangkan anda melekatkan sticker perkahwinan pada setiap alas cawan tersebut. Dengan itu, tetamu bukan sahaja boleh tahu daripada siapa mereka mendapat hadiah tersebut, malah pelekat perkahwinan yang cantik tersebut juga turut memyerikan alas cawan itu.

Di sini, kami menyediakan EMPAT (4) jenis rekaan pelekat perkahwinan untuk pilihan anda. KLIK untuk maklumat lanjut. Anda hanya perlu tambah sekadar RM0.40 untuk setiap keping sticker perkahwinan yang dipilih dengan syarat kuantiti minimum hendak lah 100 keping.

Alas Cawan Bulat

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perkahwinan

Dari dua insan yang saling tidak kenal mengenali, bertemu, berkawan, bercinta dan akhirnya melangkah ke dunia perkahwinan merupakan satu lumrah hidup. Faktor yang paling penting mendorong untuk pembinaan rumah tangga bersama ialah cinta ataupun kasih sayang. Di samping itu, terdapat juga beberapa faktor yang turut menyumbang ke arah perkahwinan.

Faktor Kewangan Atau Ekonomi Pendorong Perkahwinan

Sebelum membuat keputusan untuk melansungkan perkahwinan, pasangan tersebut harus membuat penilaian dari segi kedudukan kewangan mereka. Antara yang harus dipertimbangkan ialah pendapatan bulanan yang mereka perolehi, berapa wang dalam simpanan bank dan lain-lain lagi. Perbelanjaan selepas berumah tangga adalah jauh berbeza dengan kehidupan semasa bujang. Banyak perbelanjaan isi rumah yang harus ditanggung oleh pasangan tersebut seperti bayaran ansuran rumah sekiranya mereka bercadang untuk tinggal di rumah sendiri dan sebagainya.

Faktor Usia Pencetus Perkahwinan

Usia juga merupakan pendorong kepada pasangan untuk menuju ke dunia perkahwinan. Bagi penduduk di Negara kita, ramai yang berkahwin pada usia muda iaitu pada sekitar 20-an. Bagi yang mencapai umur 30-an, mereka akan lebih cenderung untuk mencari pasangan dan untuk perkahwinan.

Faktor Keluarga

Ramai yang berkahwin disebabkan oleh faktor keluarga di mana kedua ibu bapa sentiasa mengesar agar anak mereka cepat mendirikan rumah tangga. Ini disebabkan keinginan mereka untuk mendapat cucu. Lebih-lebih lagi jika anda merupakan anak tunggal, maka sudah pasti kedua ibu bapa akan lebih kerap menyuruh anda mengadakan perkahwinan.

perkahwinan

Alas Cawan Yang Digunakan Sebagai Cenderahati Perkahwinan

Kotak Besi Bunga Ros

Kotak besi bunga ros merupakan salah satu daripada item baru yang dilancarkan oleh syarikat kami pada tahun 2013. Kotak besi bunga ros ini sesuai digunakan oleh para bakal pengantin baru untuk dijadikan sebagai cenderahati perkahwinan kepada tetamu terhormat.

Desain Baru Ke Atas Kotak Besi

Desain pada kotak besi ini agak berbeza dengan desain yang anda pernah lihat atau beli di laman web kami sebelum ini. Untuk kotak besi desain tahun 2013, penggunaan reben diperbanyakkan. Bagi yang suka membuat kraftangan, sudah tentu tahu reben memainkan peranan yang cukup penting untuk menyerikan atau memperindahkan kraftangan tersebut.

Kegunaan Kotak Besi Bunga Ros

Cenderahati perkahwinan anda dianggap sempurna walaupun hanya sekadar menghadiahi tetamu jemputan majlis perkahwinan dengan kotak besi bunga ros kosong ini. Dengan desain luaran yang cantik dan elegan, pengantin baru tidak perlu menambah bahan-bahan lain seperti coklat, gula-gula atau lain-lain ke dalam kotak besi kosong tersebut. Bagi yang tidak mempunyai batasan bajet, coklat Ferrero Rochers atau gula-gula boleh diisi ke dalam.

Penerangan Produk

Kotak besi yang berukuran diameter 7.5cm x Ketinggian 4.0cm digunakan. Kotak besi ini dibuat daripada tin plate yang anti karat. Pada penutup kotak besi, sekuntum bunga ros berserta reben satin dan polyester dihiaskan. Pada bahagian badan tin besi tersebut, ia dibaluti dengan reben glittery dan reben metallic yang berukuran 40mm. Penggabungan pelbagai reben dan bunga ros, menjadikan kotak ini kelihatan betul-betul menawan dan cantik. Perhiasan pada setiap unit kotak besi bunga ros ini adalah dihasilkan dengan kraftangan setiap pekerja kami. Dengan itu, kami memerlukan masa 8 hingga 10 minggu untuk menyiapkannya supaya kualiti setiap unit yang anda bakal terima adalah dalam keadaan yang paling sempurna. Bagi yang ingin membeli secara pukal, sila rujuk harga diskaun pukal dibawah ini;

20-99 pieces RM4.30/pc
100-199 pieces RM3.70/pc
200-299 pieces RM3.50/pc
300-499 pieces RM3.40/pc
500-999 pieces RM3.30/pc
1000 pieces > RM3.20/pc

kotak besi

Kotak Besi Bunga Ros Sedia Untuk Tempahan Ramai.

Forum Perkahwinan

forum perkahwinan

Forum perkahwinan merupakan satu pentas yang amat berguna untuk menolong anda merancang majlis perkahwinan. Merancang suatu majlis perkahwinan bukan senang seperti yang kita lihat di dalam wayang. Ia merupakan satu acara yang paling sukar untuk dirancang dalam seumur hidup terutamanya jika bajet anda adalah terhad. Berita baiknya ialah, anda bukan keseorangan. Di online, terdapat ratusan laman web forum perkahwinan di mana anda boleh meminta pendapat, bertanya soalan ataupun berkongsi idea perkahwinan sendiri dan logistik anda dengan pengantin lain.

Forum Perkahwinan Memberi Tips dan Helah Dalam Perancangan Majlis

Anda yang melayari forum ini, boleh membaca nasihat dari pasangan yang sudah berkahwin, seperti mengelakkan daripada memakai krim muka yang bersinar kerana apabila juru foto mengambil gambar, lampu kamera akan dipanturkan oleh krim muka yang terang. Di dalam forum perkahwinan, terdapat ramai pengantin yang berkongsi maklumat direktori seperti tempat mana yang terbaik untuk membeli bunga, kek perkahwinan, kad jemputan kahwin, souvenir perkahwinan dan lain-lain lagi. Di samping itu, anda juga boleh mendapat maklumat percuma mengenai tema perkahwinan, sampel kad jemputan kahwin dan idea-idea memilih cenderahati perkahwinan.

Pemborong dan Peruncit Aktif Di Forum Perkahwinan

Anda juga boleh mendapati terdapat ramai pemborong atau peruncit barang-barangan perkahwinan yang aktif di forum tersebut. Mereka akan membuat pengiklanan di forum tersebut. Jadi di situ, anda boleh mendapat pakej istimewa dengan harga yang murah. Terdapat banyak artikel di dalam forum perkahwinan. Anda harus memilih artikel yang terkini untuk rujukan kerana ia lebih tepat menggambarkan keadaan pada masa tersebut seperti harga barangan, lokasi majlis yang paling sesuai dan sebagainya.

Kad Ucapan Terima Kasih Selepas Majlis Perkahwinan

Cenderahati perkahwinan dan hadiah yang diberikan oleh semua tetamu undangan majlis merupakan hadiah yang paling banyak pernah diterima oleh pengantin baru dalam seumur hidup. Sering kali, pengantin baru tidak menghantar mesaj ucapan terima kasih kepada mereka yang menghadiri hadiah tersebut. Ini disebabkan hadiah yang diterima sangat banyak dan masa yang banyak diperlukan untuk menulis mesej-mesej tersebut. Namun begitu, sekiranya ia dibuat dengan sistem yang betul, pengantin baru tidak akan menghadapi sebarang masalah. Dalam pada itu, jika mesej itu ditulis sendiri oleh pengantin baru, maka ia akan lebih tulus dan bersemangat.

Mesej Terima Kasih Harus Ditulis Sendiri Selepas Perkahwinan

Mesej terima kasih seharusnya ditulis dua minggu selepas pengantin baru menerima hadiah tersebut. Walaupun anda tidak berbuat demikian dan ketinggalan, tetapi mesej terima kasih yang sampai lambat lebih baik daripada tidak menghantar sebarang mesej kepada pemberi hadiah.  Rekodkan semua maklumat seperti nama pemberi hadiah, tempat hadiah dibeli, apa barang yang dihadiahi dan penerangan ringkas ke atas hadiah tersebut. Maklumat yang diperolehi disimpan di dalam laptop atau komputer.

Mesej terima kasih secara tradisinya ditulis oleh pengantin perempuan. Di sini, pengantin perempuan boleh menggunakan kad-kad hiasan untuk menulis mesej  yang ingin disampaikan. Jika kad ditulis sebelum majlis perkahwinan, maka pengantin perempuan harus menggunakan namanya sendiri. Sebaliknya, jika kad terima kasih dihantar selepas hari perkahwinan, maka nama suami juga harus dimasukkan.

Gunakan Nama Pengantin Perempuan Sebelum Perkahwinan

Pastikan setiap mesej yang ditulis mesra dan peribadi. Pengantin baru harus ingat, tetamu jemputan kahwin telah menghabiskan wang dan masa untuk mencari hadiah perkahwinan yang sesuai untuk anda. Jadi pastikan setiap mesej ditulis sendiri dan bukannya dengan membeli kad-kad yang dicetak mesej terima kasih. Tulisan pada setiap kad juga harus kemas.

Gunakan maklumat yang anda catat di laptop atau komputer tadi untuk menulis nota terima kasih. Contohnya, jika tetamu yang bernama Ahmad telah menghadiahi anda sebuah televisyen, maka dalam mesej, pengantin baru boleh bertulis seperti berikut: “Kami amat berterima kasih dengan TV yang awak hadiahkan untuk hari perkahwinan kami. Setiap kali kami menggunakan TV tersebut untuk menonton wayang, wajah anda sentiasa tertimbul di minda kami.”

Bagi tetamu yang memberi hadiah berupa wang tunai pula, pengantin baru tidak perlu menyebut jumlah wang yang mereka bagi. Pengantin baru boleh menulis seperti berikut: “Terima kasih dengan pemberian ikhlas anda  yang berupa wang tunai. Matlamat kami ialah untuk membeli sebuah rumah. Dengan adanya pemberian ikhlas anda, maklamat kami menjadi semakin dekat. Wang tunai yang anda bagi akan disimpan untuk tujuan tersebut.”

perkahwinan

Hadiah Perkahwinan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...