Kos Perkahwinan

me n see

Untuk menyediakan majlis perkahwinan, kos perkahwinan merupakan elemen yang perlu diambil kira terlebih dahulu. Purata kos perkahwinan di Malaysia pada hari ini dianggarkan sebanyak RM30,000.00. Kos ini semakin hari semakin meningkat disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah kenaikan kos bahan mentah, peningkatan upah pekerja dan kesusutan nilai Ringgit Malaysia berbanding kadar pertukaran asing khususnya Dollar Amerika.

Bajet Perkahwinan Berbanding Kos Sebenar

Ramai pengantin baru telah menyediakan bajet kahwin sebelum majlisnya. Walaupun pengantin baru tetap berpegang kepada bajet yang dirancangnya, tetapi hakikatnya apabila tibanya masa membeli barang-barang kahwin, banyak item baru ditambah dan secara cepatnya perbelanjaan akan melebihi bajet yang ditetapkan.

Item-item Yang Harus Diambil Kira Semasa Membuat Bajet Perkahwinan

  • Pakaian Pengantin & Aksesori Perkahwinan
  • SPA dan Kecantikan
  • Hiburan Pada Majlis Kahwin
  • Bunga dan Perhiasan
  • Kad Jemputan kahwin
  • Wedding Door Gift ataupun Cenderahati Perkahwinan
  • Barangan Kemas
  • Juru Video dan Juru Gambar
  • Wedding Planner ataupun Perancang Perkahwinan
  • Dewan, Katering dan Sewa Kereta

Setiap item yang tersenarai diatas merupakan bahan-bahan yang diperlukan ketika merancangan perkahwinan. Perbandingan harga boleh dibuat terlebih dahulu sebelum tibanya hari tersebut. Biasanya butik pengantin, pemborong dan pembekal cenderahati perkahwinan, kedai kek, katering servis dan semua pembekal servis di atas akan memberikan harga yang lebih murah kepada pengantin baru sekiranya tempahan awal dibuat.

perkahwinan

perkahwinan

Gunakan Cenderahati Perkahwinan Yang Anggun Untuk Menambah Kemeriahan Majlis

Tibanya masa perkahwinan, pengantin lelaki dan perempuan akan berasa sangat gembira. Walaupun perkahwinan hanya merupakan detik permulaan untuk pembentukan rumah tangga, segala sukacita dan cabaran hidup bersama yang bakal dihadapi masih tidak diketahui. Namun pada saat perkahwinan, pengantin baru akan berasa sangat gembira yang sentiasa mengidamkan yang terbaik untuk masa kelak.

Segala kenangan manis sebelum melangkah ke dunia perkahwinan akan sentiasa mengiringi pasangan baru. Hadiah yang diberi kepada sesama mereka akan disimpan dan dijaga secara rapi.

Bagi anda yang sedang merancang majlis perkahwinan, hadiah kahwin apakah yang ada sediakan untuk pasangan hidup anda? Cenderahati perkahwinan jenis mana pula yang anda bakal sediakan untuk sanak-saudara, rakan-rakan dan para tetamu jemputan ke majlis kahwin anda?

Dengan melayari laman web kami, segala masalah anda untuk kategori hadiah, cenderahati perkahwinan, souvenir, gift kahwin dapat diselesaikan. Cuba rujuk gambar di bawah untuk beberapa item yang amat sesuai untuk majlis anda.

a) Lilin Berbentuk Gaun Gown Candle Pinkweb

b) Love Birds Salt & Pepper Shakers20130730_103623 copy

c) Keychain / Rantai Kunci4amd couple love

d) Manicure Berbentuk Hatimanicure set A

e) Canister Bulat RMMT Group

f) Kotak Gula-gula Lavenderslavender series candly box mixed

g) Kotak Bulat Dengan Bucklescreamy candy wiht ovl n love

h) Sabun Wangi Bunga Rose3 soap

Keychain

Keychain ataupun dikenali sebagai rantai kunci turut mendapat sambutan yang menggalakkan kebelakangan ini oleh pengantin baru atau tuan rumah untuk dijadikan cenderahati perkahwinan. Terdapat banyak faktor yang mendorong ke arah pemilihan item tersebut.

Faktor-faktor Yang Menggalakkan Pemilihan Keychain Untuk Tetamu Majlis Perkahwinan

1. Harga Yang Berpatutan

Setiap pasang keychain dijual dengan harga yang berpatutan dan ianya diisi dalam kotak yang cantik ataupun polybag. Pengantin baru boleh memilih sama ada inginkan keychain yang diisi dalam polybag ataupun kotak. Perbezaan harga adalah tidak ketara untuk polybag dan kotak. Keychain murah mendapat sambutan  yang menggalakkan sejak tahun 2012.

2. Desain

Desain rantai kunci pada masa kini adalah lebih moden dan bersesuaian untuk majlis perkahwinan. Contohnya terdapat desain love, bentuk pengantin baru, ataupun simbol-simbol kasih sayang yang sangat sesuai untuk perkahwinan.

3. Membeli Terus Dengan Pemborong dan Pembekal Keychain

Terdapat ramai pemborong dan pembekal keychain yang mampu membekalkan rantai kunci yang beraneka desain dengan kos yang berpatutan. Pendedahan maklumat pemborong dan pembekal rantai kunci kepada pengguna merupakan salah satu faktor yang memberi impak kepada penambahan permintaan ke atas item tersebut. Mylovelywedding Gifts merupakan salah satu pemborong dan pembekal keychain murah dan berkualiti.

1amd love arrow 2amd 4amd couple love 5amd love rose 6amd 7amd 8amd 9amd 11amd chinese couple love 12amd 13amd

 

keychain

Cenderahati Perkahwinan Tahun 2014

Berikut merupakan beberapa jenis cenderahati perkahwinan yang disyorkan kepada para pengantin baru bagi tahun 2014.

a) Canister Bulat Berhiasan Bunga Lavender

Saiz tin canister bulat ini ialah berdiameter (D) 90mm x Tinggi (H) 60mm. Sesuai untuk mengisi telur Grade A dan coklat Ferrero Rocher. Jenis cenderahati perkahwinan amat sesuai untuk tetamu-tetamu VIP. Suasana majlis pasti kelihatan lebih anggun dan mewah dengan adanya item ini.

R Group A R Group Inside A R Pink A R Pink Inside A R Purple A R Purple Inside A

 

b) Canister Hati Berhiasan Bunga Lavender

Tin canister yang berbentuk hati sesuai untuk tetamu yang inginkan tema “Love” pada hari perkahwinan mereka. Saiz tin canister hati ini ialah (W) 94mm x (L) 90mm x (H) 57mm. 

L Green A L Green B L Group A L White A L White Inside A

Cenderahati Perkahwinan Mengikut Warna Tema

Kami akan cuba sedaya upaya untuk menghasilkan gift kahwin mengikut warna tema anda. Bunga lavender dan reben glitter yang dipakai untuk canister tersebut akan ditukar mengikut kesukaan anda supaya dapat bersamaan dengan tema anda.

Tips Untuk Membeli Cenderahati Perkahwinan Yang Murah Dan Unik

Penyediaan cenderahati perkahwinan kepada tetamu merupakan idaman setiap pengantin baru. Namun, dengan kenaikan harga umum untuk semua barang-barang di pasaran telah mengakibatkan kenaikan kos perkahwinan. Amat sukar untuk mencari cenderahati perkahwinan yang murah dan unik pada masa kini. Harga cenderahati di pasaran pada masa ini adalah di dalam linkungan RM2.00 hingga RM6.00, bergantung kepada jenis material dan desain cenderahati tersebut. Jika bajet pengantin baru tidak banyak, ini pasti membebankan mereka. Di sini adalah beberapa tips yang dapat membantu anda membeli cenderahati perkahwinan murah dan unik.

1. Membeli Secara Borong

Membeli secara borong atau dalam erti kata lain membeli dengan kuantiti yang banyak akan menjimatkan wang ringgit. Pembekal dan peruncit cenderahati perkahwinan akan memberi diskaun yang lebih sekiranya anda membeli banyak. Contohnya jika harga 100 biji kotak gula-gula ialah RM1.30, jika anda membeli dalam kuantiti 500 biji, harga yang ditawarkan hanya RM1.00 sahaja.

2. Pilih Yang Mudah

Anda boleh memilih barang yang senang didapati di pasaran. Contohnya magnet peti sejuk, key chain, mint tin, canister dan lain-lain lagi. Barang yang mudah didapati secara amnya harga jualannya juga murah. Perbandingan kualiti dan harga boleh dibuat sewenang-wenangnya. Dengan itu, peruncit gift kahwin tidak akan menetapkan harga yang tinggi untuk item-item tersebut.

cenderahati perkahwinan

3. Pilih Yang Kurang Daripada RM2.00

Sebenarnya anda mempunyai banyak pilihan dengan sekadar RM2.00. Terdapat banyak item yang dijual kurang daripada RM2.00. Contohnya kotak gula-gula kosong ataupun dengan perhiasan, mint tin, tuala kahwin ataupun sapu tangan kecil, sabun wangi dan sebagainya.

2013-09-02 10.05.14

2013-10-11 10.58.57

1384145_606626666063827_1246782668_n

IMG_7710

4. Membuat Sendiri Ataupun DIY

Membuat sendiri ataupun DIY merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk mendapat cenderahati yang murah dan unik. DIY boleh dibahagi kepada dua iaitu DIY penuh ataupun DIY separa. DIY penuh bermaksud cenderahati tersebut dihasilkan sepenuhnya oleh anda. Contohnya gift bag merupakan item yang sering dibuat sendiri. DIY separa pula bermaksud pengantin baru hanya membuat DIY separuh sahaja ke atas cenderahati tersebut. Biasanya penambahan perhiasan merupakan DIY separa.

IMG_7717

20mm with code

IMG_7725

2013-08-14 08.07.18

Contoh gambar-gambar di atas merupakan proces DIY Separa. Pengantin baru boleh membeli kotak gula-gula kosong, reben satin dan bunga lavenders untuk menghasilkan kotak gula-gula lavender yang cantik dan unik. Dengan DIY separa ini, dijangkakan pengantin baru boleh jimat wang sebanyak RM0.50 sebiji.

Pemberian Cenderahati Perkahwinan

Pemberian cenderahati perkahwinan, gift kahwin, hadiah kahwin ataupun souvenir kahwin kepada tetamu majlis merupakan amalan yang diamalkan oleh orang-orang kaya pada masa dahulu. Tuan rumah yang kaya pada masa dahulu akan menyediakan barang-barang yang mahal dan berkualiti seperti kristal, batu-batu berharga, rantai emas dan sebagainya.

Melalui peredaran masa, pemberian cenderahati perkahwinan telah menjadi satu perkara biasa. Ramai pengantin baru pada masa ini akan menghabiskan masa, tenaga dan wang untuk mencari item-item yang mereka sukai untuk dijadikan sebagai cenderahati perkahwinan. Namun, peruntukan wang yang ada ataupun bajet pengantin baru masih menjadi faktor terpenting dalam penentuan jenis gift kahwin yang bakal dipilih.

Cara Yang Murah Untuk Mencari Cenderahati Perkahwinan

Pada zaman moden sekarang yang berteknologi tinggi, pengantin baru tidak perlu berulang alik dari sana ke sini untuk mencari pembekal dan peruncit cenderahati perkahwinan. Mereka hanya perlu menggunakan telefon bimbit ataupun komputer dan layari ke laman internet untuk mencari pemborong, pembekal dan peruncit yang sedia ada. Cara yang paling senang ialah masuk ke laman web www.google.com.my. Di ruang cari yang disediakan, pengantin baru hanya perlu taip kata kunci item yang hendak dicarinya. Contohnya, taip “cenderahati perkahwinan” di ruang cari. Kemudian tekan butang cari. Anda akan mendapati banyak laman web yang berkaitan dengan kata kunci yang anda taip tadi muncul. Dari situ, anda boleh klik masuk satu per satu laman web yang wujud dan piliih penjual yang anda suka.

cenderahati perkahwinan

result

 

Perkara-perkara Yang Tidak Patut Dibuat Menjelang Perkahwinan

Ketika merancang perkahwinan, sudah pasti anda menyemak maklumat sebanyak yang boleh melalui laman internet tentang apa yang diperlukan pada hari yang terpenting dalam seumur hidup. Tidak dinafikan ia memang penting, tetapi pada masa yang sama ia amat membosankan. Maklumat yang didapati di internet adalah bukan rahsia dan diketahui ramai. Contohnya pakaian pengantin harus disediakan 3 bulan sebelum majlis perkahwinan. Sebenarnya, perkara yang paling penting dalam merancang perkahwinan ialah memastikan pengantin baru mengelakkan diri daripada membuat beberapa perkara seperti berikut;

  • Jangan Tidak Makan

Perkara yang paling pantang sekali pada hari perkahwinan ialah tidak makan. Walaupun anda berasa sangat gembira, teruja ataupun ghairah pada hari tersebut dan tidak terasa lapar, tetapi sila pastikan anda ada makan dan minum. Biarpun makanan yang dimakan sikit, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat membekalkan tenaga kepada anda dan anda tidak terhidrasi dengan memimum air yang secukupnya. Jangan ingat dengan tidak makan pada hari itu, anda akan kelihatan lebih langsing. Jikalau anda pengsan pada hari itu, segala yang anda buat dan rancang adalah tidak bermakna langsung.

perkahwinan

  • Boleh DIY, Tetapi Jangan Semua.

Anda boleh DIY, tetapi jangan semua. Jika anda memilih untuk DIY semua, anda pasti akan kelam kabut menjelang hari perkahwinan anda. Contohnya buat perhiasan sendiri   untuk pelamin dan dewan majlis, DIY gift kahwin, kek kahwin, kad kahwin, DIY baju kahwin dan sebagainya. Terdapat pakar untuk membuat benda-benda ini. Sila upah mereka dan biarkan mereka yang membuatnya. Anda boleh memilih satu atau dua item untuk DIY, tetapi sila pilih benda-benda yang boleh disediakan awal sebelum perkahwinan. Jangan pilih item yang perlu disediakan menjelang majlis seperti kek kahwin dan dekorasi pelamin.

  • Jangan Merancang Terlalu Terperinci

Anda boleh merancang segala program pada hari perkahwinan. Tetapi jangan terlalu terperinci sehingga menetapkan masa untuk setiap program dijalankan mengikut time table anda. Ini akan membuat anda sendiri panik, tertekan dan orang yang mengambil bahagian turut berasa tertekan. Biar ia dijalankan secara lancar. Anda dan pasangan harus menikmati setiap saat pada hari bersejarah tersebut.

Door Gift Perkahwinan Di Penang

Bagi pasangan baru yang berasal dari Penang dan sedang mencari door gift perkahwinan, anda boleh membeli dengan kami iaitu Mylovelywedding. Kami telah beroperasi sejak tahun 2011 dan pelanggan kami terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan merata tempat.

Pemborong Dan Peruncit Door Gift Perkahwinan Di Penang

Mylovelywedding merupakan pemborong dan peruncit cenderahati perkahwinan yang beroperasi melalui internet. Semua cenderahati yang dijual dan harga setiap item boleh dirujuk di laman web rasmi kami iaitu www.mylovelywedding.net/store. Sekiranya anda berminat untuk membaca artikel-artikel yang berkaitan dengan perkahwinan, sila kunjungi laman blog kami di www.mylovelywedding.net ataupun www.mylovelywedding.wordpress.com. Kami akan sentiasa menulis artikel baru untuk bacaan anda. Antara cenderahati yang ada terdiri daripada mint tin, buckles, lilin kahwin, tuala kahwin, sabun wangi, kotak gula-gula, reben, sticker kahwin, manicure set dan lain-lain lagi.

Cara Membuat Tempahan Door Gift Perkahwinan

Sekiranya anda berminat dengan salah satu daripada gift kahwin yang terpapar di laman web kami, tempahan boleh dibuat secara terus di laman web iaitu dengan memasukkan jumlah yang hendak ditempah, tarikh majlis, nama dan alamat penuh serta nombor telefon. Setelah kesemua maklumat ini diisi, secara automatik, sistem pada laman web kami akan menjana satu invoice kepada anda. Pada masa yang sama, kami juga akan menerima invoive tersebut. Sekiranya barang yang ditempah mempunyai stok sedia ada, maka bayaran penuh harus dibuat. Sebaliknya jika barang tersebut merupakan item pre-order ataupun tempahan awal diperlukan ataupun memakan masa untuk menyiapkannya; contohnya kotak dengan dekorasi, maka deposit sebanyak 50% daripada jumlah jualan perlu dibayar terlebih dahulu. Baki bayaran hanya akan dibayar setelah barang telah sampai ataupun siap untuk penghantaran.

Kami menggunakan syarikat penghantaran GDEX ataupun Pos laju untuk menghantar door gift perkahwinan yang ditempah. Biasanya, barang yang dihantar akan sampai ke destinasi anda dalam masa 2-3 hari bekerja.

door gift perkahwinanDoor Gift Perkahwinan Di Laman Web Mylovelywedding

Membeli Gift Kahwin Secara Online

online shop

Jika anda sedang mencari gift kahwin, membeli dengan mylovelywedding merupakan salah satu pilihan yang tepat. Mylovelywedding merupakan pemborong dan peruncit gift kahwin yang beroperasi dengan menggunakan internet. Pada zaman moden ini, penggunaan internet merupakan perkara biasa. Boleh dikatakan setiap rumah mempunyai perkhidmatan internet.

Kebaikan-kebaikan Membeli Gift Kahwin Secara Online

Terdapat beberapa kebaikan membeli secara online. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Menjimatkan masa, tenaga dan wang
  • Senang untuk membuat perbandingan dari segi harga dan kualiti di antara penjual-penjual
  • Boleh menilai kualiti perkhidmatan atau barangan yang dijual dengan merujuk kepada testimonial yang ditulis oleh pembeli sebelum ini.
  • Senang untuk memperolehi maklumat-maklumat berkaitan dengan produk yang ingin dibeli.

DIY Gift Kahwin

Selain daripada menjadi peruncit gift kahwin, mylovelywedding juga merupakan pemborong dan peruncit reben dan aksesori perkahwinan. Reben yang dijual terdiri daripada reben satin, reben satin polka dot, reben organza, reben grosgrain dan sebagainya. Antara saiz reben yang ada ialah 6mm, 9mm, 12mm, 19mm, 25mm dan 38mm. Aksesori perkahwinan yang dijual pula terdiri daripada buckles, bead, dan button ataupun butang.

IMG_7711 IMG_7712 IMG_7713 20mm with code 6mm colour code 9mm colour code

Pusat Sehenti Untuk Gift Kahwin

Mylovelywedding cuba sedaya upaya untuk menyediakan pusat sehenti untuk para bakal pengantin baru yang ingin menyediakan cenderahati perkahwinan semasa majlis mereka. Di sini, mereka bukan sahaja boleh membeli cenderahati yang siap diproses, malah mereka boleh membeli cenderamata yang biasa dan ditambah sendiri ataupun DIY sendiri dengan menambah perhiasan di atas cenderahati tersebut. Contohnya, pembeli boleh membeli reben dengan kami dan menghiasi item-item yang dibelinya sama ada dengan menambahkan bunga reben ke atas item tersebut ataupun untuk menghiasi dulang hantaran.

Beli di sini.

Jenis-Jenis Cenderahati Perkahwinan Yang Menceriakan Suasana Majlis

Hari Perkahwinan merupakan hari yang paling penting dalam seumur hidup anda. Majlis perkahwinan yang anda akan adakan pastinya majlis yang hebat tidak kira di mana jua ia dilangsungkan, makanan yang dihidangkan dan jenis tema yang anda amalkan. Yang penting, anda dapat mendirikan rumah tangga bersama orang yang anda kasihi serta disaksikan oleh ahli-ahli keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan.

Walau bagaimanapun, hari perkahwinan anda juga merupakan peluang yang terbaik bagi pengantin baru untuk meninggalkan pengalaman dan kenangan yang berkekalan untuk para tetamu yang hadir pada hari tersebut.  Jadi, anda harus menggunakan sedikit masa untuk menyelaras dan merancang majlis perkahwinan yang sukar dilupai serta unik. Berikut adalah 3 jenis cenderahati perkahwinan yang boleh dipertimbangkan semasa anda membuat perancangan di hari kebesaran anda. Ketiga-tiga jenis cenderahati ini memainkan peranan yang besar untuk menceriakan majlis anda.

Mancis Perkahwinan (Wedding Matches)

Merupakan salah satu gift kahwin yang traditional di Negara-negara barat. Maklumat yang berkaitan dengan hari perkahwinan boleh dicetak di atas kotak mancis tersebut. Contohnya nama pengantin baru dan tarikh majlis. Rekaannya juga boleh dipadankan dengan tema majlis. Ia merupakan cenderahati yang anggun dan mampu milik. Berbeza dengan gift kahwin yang lain, mancis perkahwinan senang dibawa balik oleh setiap tetamu dan boleh digunakan oleh mereka ketika ingin menyalakan api. Mereka akan teringat hari perkahwinan anda apabila terlihat maklumat yang tercetak di kotak tersebut.

Koozies Tin Untuk Minuman Majlis Perkahwinan

Koozies tin agak popular pada masa kini. Ramai yang memilihnya sebagai hadiah kepada tetamu yang datang ke majlis sama ada majlis harijadi, majlis kahwin ataupun majlis-majlis lain yang ada sesi makan minum. Kegunaan koozies tin ialah mengekalkan suhu pada minuman bertin. Saya rasa pastinya semua orang suka minuman tin coca-cola dalam keadaan yang sejuk. Nama pengantin baru dan maklumat lain juga boleh dicetak di koozies tersebut.

perkahwinan

Pembungkus Gula-gula

Semua orang sukakan gula-gula. Jadi ia merupakan cenderahati perkahwinan yang paling disukai ramai. Sekiranya anda menyediakan gula-gula tanpa sebarang pembalut ataupun sampul yang cantik, unik dan menawan, maka gula-gula tersebut tidak menarik langsung. Anda boleh desain sendiri pembalut atau sampul gula-gula, kemudian masukkan gula-gula tersebut ke dalamnya dan hiasinya dengan reben.

Jika ketiga-tiga cenderahati perkahwinan di atas gagal memenuhi kehendak anda, sila pilih di kedai online kami di www.mylovelywedding.net/store. Saya yakin, pastinya anda terpikat dengan salah satu daripada gift kami.




perkahwinan

>Penjual Cenderahati Perkahwinan Secara Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...