DIY Alas Cawan

Bagi pengantin baru yang ingin memilih alas cawan sebagai door gift kahwin, tetapi duit tidak mencukupi, mereka boleh memilih untuk membuat sendiri.

Bahan-bahan Yang Diperlukan Untuk Membuat Alas Cawan

1)    1 helai kain yang berukuran 8” x 12”

2)    1 keping span yang berukuran 8” x 6”

3)    Gunting

4)    Krayon atau Kapur

5)    Jarum dan benang

alas cawan

Tutorial Untuk Membuat Alas Cawan

1)    Menggunting kain yang disediakan kepada dua helai yang sama saiz. Maka anda akan mendapat 2 helai kain yang berukuran 8” x 6”.

2)    Melakar bentuk alas cawan pada kain dan span menggunakan krayon atau kapur. Anda boleh melakar bentuk bulat, hati, segi empat dan lain-lain mengikut kesukaan dan daya kreativiti anda.

3)    Gunting kain dan span yang telah siap dilakar untuk mendapat bentuk yang dikehendaki.

4)    Jahitkan kain dengan memasukkan span di antara dua keping kain.

Dengan langkah yang mudah seperti di atas, anda dapat menghasilkan alas cawan dengan senang. Anda boleh juga menambah perhiasan lain ke atas alas cawan tersebut dengan menjahit reben satin ke atasnya. Aksesori lain seperti manik, butang dan sebagainya juga boleh ditambah. Pengantin baru boleh mendapat bantuan daripada rakan-rakan untuk menolong menyiapkan alas cawan tersebut. Semua hasil yang tercipta adalah unik dan bersifat peribadi. Setiap tetamu yang menerimanya ketika menghadiri majlis perkahwinan anda pasti gembira. Anda juga gembira kerana dapat menjimat banyak duit di segi penyediaan cenderahati perkahwinan.

 

 

alas cawan

Alas Cawan

Alas cawan digunakan untuk melapik tempat untuk meletak cawan. Ia berfungsi untuk melindungi permukaan meja. Bagi minuman yang panas, jika diletakkan terus ke atas permukaan meja akan menyebabkan kemasan cat pada meja tersebut menjadi kabur. Bagi minuman sejuk pula, air yang mengalir ke permukaan meja akan menyebabkan permukaan meja bergelumbung terutamanya meja yang pada masa ini diperbuat daripada papan gentian ketumpatan sederhana (Medium Density Fibreboard).

Jenis Alas Cawan Dalam Pasaran

Terdapat pelbagai jenis alas cawan yang terdapat dalam pasaran. Bahan-bahan yang digunakan juga berbeza. Ada yang diperbuat daripada benang kait yang disulam, kaca, kayu, kertas keras dan sebagainya. Jika anda pandai menjahit, alas cawan juga boleh dibuat sendiri. Anda hanya memerlukan 2 helai kain dan satu helai span. Kain boleh digunting mengikut bentuk yang anda suka seperti segi empat, bulat atau bentuk hati. Span diletakkan di antara dua helai kain dan dijahit. Dengan langkah yang ringkas, anda telah berjaya menghasilkan satu alas cawan yang unik.

 

Alas Cawan Sebagai Cenderahati Perkahwinan

Pemberian door gift kahwin dalam majlis perkahwinan telah dianggap sebagai satu elemen yang tidak boleh dilupakan. Pemilihan ke atas door gift yang hendak dihadiahkan kepada tetamu juga menjadi semakin penting. Pengantin baru pada masa ini lebih cenderung untuk memilih cenderahati perkahwinan yang boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian. Alas cawan merupakan satu pilihan yang baik untuk tujuan tersebut.

Alas Cawan Biasa Dengan Cetakan Gambar Atau Sebagai Bingkai Gambar

Alas cawan yang kami jual diperbuat daripada kaca. Terdapat dua jenis alas cawan iaitu yang ada cetakan gambar dan alas cawan yang boleh dimasukkan gambar. Pengantin boleh memasukkan gambar perkahwinan ke dalamnya.

alas cawan

Dengan Cetakan Gambar

alas cawan

Alas Cawan Bingkai Gambar

alas cawan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...