Reben Satin Tempah Buat

Inginkan reben satin yang berunsur peribadi? Kami di sini mampu menghasilkan sesuatu yang melambangkan keperibadian anda. Sama ada untuk kegunaan sendiri atau kegunaan korporat, anda hanya perlu menyediakan rekaan logo, lambang, ayat, gambar dan lain-lain dalam bentuk AI file, pdf dan corel draw, yang lain kami akan tolong uruskan.

reben satin

Kelebihan Reben Satin Tempah Buat

Anda boleh mencetak apa-apa sahaja maklumat yang ingin disampaikan ke atas reben satin tersebut. Orang lain susah untuk meniru kerana reben satin bercetak ini direka oleh anda sendiri. Kami hanya menolong untuk mencetaknya.

Selain itu, cetakan pada reben juga berfungsi sebagai alat pengiklanan. Peniaga-peniaga boleh mencetak nama syarikat bersama dengan logo syarikat di atas reben satin dan diikat pada produk-produk syarikat yang hendak dijual. Pembeli boleh tahu dengan siapa barang tersebut dibeli. Contoh seperti gambar di atas. Pemilik yang membuat perniagaan deco hantaran perkahwinan telah menempah reben satin bercetak dengan nama syarikat dengan pihak kami. Beliau telah memilih reben berwarna putih dan krim.

ribbon AMD

Cuba bayangkan betapa senang barangan deco hantaran yang dijual oleh beliau dicam orang ramai apabila diikat dengan semua reben yang bercetak nama syarikatnya

Set Manicure Bercetak

Jika anda membuat pencarian melalui google search, terdapat data statistik yang tinggi ke atas pencarian set manicure. Jika anda tertanya-tanya kenapakah ramai yang gemar ke atas set manicure ini? Jawapan yang saya boleh berikan ialah kerana set ini cantik, elegan, berbaloi, pratikal dan yang paling penting ialah set manicure ini sesuai untuk segala majlis. Tidak kisah majlis harijadi, majlis perkahwinan, majlis graduation, corporate function ataupun untuk kekasih anda, ianya boleh diterima oleh setiap penerima.

set manicure   

d

Maklumat yang lebih lanjut mengenai set manicure ini, klik sini.

Perkhidmatan Cetak Ke atas Set Manicure

Di samping itu, kami juga boleh membuat pencetakan secara emboss keatas set ini. Anda boleh cetak nama ataupun logo syarikat. Minimum kuantiti untuk pencetakan ialah 100sets. Segala rekaan anda harus-lah dalam bentuk file AI, corel draw ataupun pdf. 

c

Gambar di atas merupakan contoh manicure yang di beli oleh pelanggan  sebagai door gift ataupun cenderahati perkahwinan kepada tetamu yang hadir ke majlis mereka. Cantik? :)

Hadiah Harijadi

Tidak tahu hadiah harijadi apa untuk tetamu majlis harijadi anak anda? Di sini kami ada satu bekas tin yang cantik untuk diperkenalkan kepada anda.

tin

Saiz setiap bekas tin ialah  H6.3cm x W12.5cm x L18.5cm. Anda boleh isi biskut, makanan ringan ataupun souvenir lain di dalam bekas tersebut.

Mickey Tin

Hadiah Harijadi Yang Pratikal

Bekas tin mickey mouse ini sangat pratikal dan amat berbaloi untuk setiap ringgit yang dibelanjakan. Tetamu yang datang ke majlis boleh membawa hadiah harijadi ini pulang ke rumah. Setelah makanan yang diisi di dalam bekas tin habis dimakan, tin ini akan disimpan baik-baik untuk kegunaan lain. Berbanding dengan bag kertas yang digunakan untuk mengisi hadiah harijadi, bekas tin mickey dengan reka bentuk luaran yang cantik ini pastinya lebih mendapat sambutan.

hadiah harijadi

Balang Kaca Mini Siput Laut

Bila anda dengar nama balang kaca mini siput laut, tentunya anda dapat membuat bayangan bahawa ianya terdiri daripada botol kaca kecil yang bersangkut paut dengan siput laut. Memang tepat dugaan atau bayangan anda. Item cenderahati perkahwinan yang kami bekalkan pada kali ini ialah siput laut ataupun seashell yang diisi di dalam balang kaca mini. Sila rujuk pada gambar yang disertakan di bawah:

balang kaca mini

Ciri-ciri Balang Kaca Mini Siput Laut

Terdapat pelbagai saiz diameter dan ketinggian balang kaca mini ini. Saiz yang ada pada masa ini ialah D30mm x H70mm dan D22mm X H70mm. Setiap balang kaca mini diisi beberapa biji siput laut dan di dalam setiap balang tersebut terdiri daripada pasir palsu yang beraneka warna. Ia kelihatan seakan-akan aquarium yang menunjukkan dasar laut yang dipenuhi siput dan pasir.

Balang kaca mini siput laut bukan hanya sekadar boleh diletak pada posisi menegak.  Ia juga boleh diletakkan secara mendatar. Anda berasa hairan kan? Botol bulat kalau diletak mendatar pastinya menggolek dan jatuh pecah. Jangan bimbang. Setiap balang kaca mini ini dilekat dengan seketul pembawah untuk menyokongnya supaya tidak bergolek.

mmexport1445861282761

Balang Kaca Mini Siput Laut Membawa Maksud “Bon Voyage”

Apabila balang mini ini diletakkan secara mendatar, ia kelihatan seakan-akan sebuat kapal layar. Biasanya kapal layar membawa maksud selamat jalan. Jika tuan rumah ataupun pengantin baru memberi item ini sebagai cenderamata perkahwinan kepada tetamu jemputan majlis, secara tersiratnya ia berucap selamat jalan  dan selamat sampai ke rumah kepada tetamu ketika tamat majlis nanti. Balang kaca mini ini juga sangat praktikal. Ia boleh diletak di mana-mana sahaja selepas majlis.

Set Manicure Untuk Tetamu Majlis Perkahwinan

Set manicure ataupun manicure set menjadi rebutan ramai khususnya untuk majlis perkahwinan. Set manicure ini merupakan salah satu daripada cenderahati perkahwinan pratikal yang terdapat di pasaran. Ia dikatakan pratikal kerana sesiapa yang menerima set manicure ini boleh membawa balik ke rumah selepas majlis perkahwinan dan boleh diguna pakai pada bila-bila masa sahaja.

Set Manicure – Hadiah Yang Pratikal Untuk Tetamu

Yang pratikal di sini bermaksud ia bukan sekadar untuk sebagai hadiah, malah ianya boleh dibawa balik untuk dipakai. Contoh barang yang kurang pratikal adalah seperti kotak kek. Anda yang pernah menghadiri majlis perkahwinan, pastinya pernah menerima kotak yang diisi dengan kek ataupun coklat. Apakah yang anda buat kepada kotak tersebut setelah kek ataupun coklat yang diisi dimakan? Anda buang ke dalam tong sampah kan? Jika anda selaku pengantin baru ataupun tuan rumah, anda akan mendapati tong sampah di dewan majils anda penuh dengan kotak kek yang anda beli. Sakit hati kan? Walaupun kotak tersebut tidak mahal sangat, tetapi ia sangat membazir kerana hanya diguna sekali sahaja. Keadaan ini tidak akan berlaku jika anda memilih hadiah kahwin yang pratikal.

Isi Kandungan Set Manicure Berbentuk Hati

set manicure

Seperti gambar di atas, jelas kelihatan bahawa set manicure ini mempunyai 5 items:

1) Pengasah Kuku

2) Pengorek Telinga

3) Penggunting Kuku

4) Klip Bulu Kening

5) Cermin

Di samping itu, setiap set manicure juga disertai seutas tali penggantung untuk memudahkan proses penyimpanan. Manicure set ini tidak terdapat sebarang tulisan di atasnya. Jika pengantin baru ingin menulis ayat-ayat manis ataupun nama pengantin, mereka boleh menempah sticker kahwin.

mmexport1445408529311

Cenderahati Perkahwinan Rekaan Sendiri – Balang Kaca Mini

Ada dua tujuan utama pengantin baru membuat cenderahati perkahwinan sendiri ataupun DIY. Yang pertama ialah ingin menjimat kos.  Semua barang telah mengalami kenaikan harga baru-baru ini akibat implikasi kejatuhan nilai RM serta pengutipan cukai GST oleh kerajaan. Oleh itu, untuk lebih jimat, semua barang-barang dibeli dengan kedai gift kahwin, manakala bab perhiasan dibuat sendiri. Sebab kedua pengantin baru membuat gift kahwin sendiri kerana inginkan menghasilkan sesuatu yang unik serta bersifat kelainan dengan daya kreativitinya yang tersendiri.

Balang Kaca Mini Sebagai Cenderahati Perkahwinan

Trend menggunakan mini glass jar sebagai cenderahati perkahwinan juga semakin meningkat baru-baru ini. Balang Kaca mini ataupun mini glass jar paling senang untuk pengantin baru membuat rekaan sendiri. Di dalam balang kaca tersebut boleh diisi coklat, gula-gula, kek lapis, kacang dan sebagainya. Untuk perhiasan, pengantin baru boleh mencat balang kaca tersebut supaya menjadi warna-warni. Di penutup balang pula, boleh diikat dengan kain serta sticker kahwin ataupun pelekat kahwin yang bertulis “Terima Kasih Atas Kesudian Menghadiri Majlis Perkahwin Azmin & Nabilah”

Contoh Penyediaan Cenderahati Perkahwinan Dengan Balang Kaca Mini

Terlebih dahulu, pengantin baru harus membeli balang kaca, coklat M&M (Pilih yang tidak senang cair atau lebur), kain, sticker kahwin, reben ataupun tali. Yang anda perlu buat ialah isikan kesemua coklat ke dalam balang kaca tersebut. Kemudian penutupnya ditutup ketat, dibalut dengan kain yang disediakan dan ikat kain tersebut dengan reben satin ataupun tali. Langkah terakhir ialah lekat sticker kahwin di atas penutup tersebut. Dengan ini, siap la cenderahati perkahwinan rekaan anda.

cenderahati perkahwinan

2014-11-17_0028

2014-11-17_0025

Photography by Joelle @ My Lovely Wedding

Senang saja kan? Kenapa perlu habiskan duit untuk beli gift kahwin berupa balang kaca mini yang siap dihiasi seperti diatas? Jika anda DIY sendiri, anda boleh jimat kos dan wang yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk item lain.

Perbelanjaan Yang Tidak Patut Dijimati Menjelang Majlis Perkahwinan

perkahwinan

Semua bakal pengantin baru tahu, banyak wang perlu dipakai ketika merancang majlis perkahwinan. Lebih-lebih lagi jika pengantin baru inginkan majlis yang mewah dan elegan. Oleh itu, bakal pengantin dinasihati supaya menyediakan senarai bajet perkahwinan terlebih dahulu. Di dalam senarai tersebut, item-item yang diperlukan dicatit dan anggaran kos yang diagihkan juga perlu dimasukkan. Ramai yang berpendapat bahawa perbelanjaan perkahwinan merupakan salah satu sebab utama remaja menjadi bankrup. :). Cuba bayangkan, pada umur 20-an hingga 30-an, anda perlukan sediakan sekurang-kurangnya 30ribu untuk majlis perkahwinan.

Perbelanjaan Yang Tidak Patut Diabaikan Semasa Merancang Majlis Perkahwinan

  • Juru Video & Juru Kamera

Selepas tamatnya majlis, video dan gambar sahaja yang boleh mencerita balik apa yang berlaku pada hari bersejarah anda. Biar pakar video dan kamera buat tugas mereka. Mereka tahu mengambil sudut dan menangkap saat yang gemilang di majlis tersebut.

  • Wedding Planner/ Perancang Perkahwinan

Wedding planner mempunyai pengalaman yang luas dalam mengatasi segala isu yang beraku. Dari pemilihan baju pengantin, pemilihan tempat majlis, cenderahati perkahwinan, sesi pengambilan gambar perkahwinan, DJ majlis, pemilihan katering servis dan sebagainya berada di dalam senarai perkhidmatan yang wedding planner boleh bekalkan. Jika anda berpendapat mampu mengatur segalanya sendiri, tanggapan ini adalah silap. Walaupun terdapat rakan-rakan atau ahli keluarga untuk membantu, tetapi mereka hanya sesuai dijadikan sebagai tetamu undangan majlis.

  • Juru Dandan Rambut Dan Mak Andam

Biar pakar membuat rambuat dan andaman pada hari perkahwinan. Mungkin pengantin perempuan mahir dalam bidang dandan rambut ataupun makeup, namun pada hari perkahwinan jangan buat senderi kerana mungkin masa tidak mencukupi dan tension pada hari tersebut. Biar relaks dan upah hairstylist dan ahli makeup untuk buat.

  • Sewa Meja Dan Kerusi

Ada pengantin baru yang memilih tempat upacara majlis perkahwinan dan kenduri kahwin pada lokasi yang dekat tetapi berlainan. Tetapi masalahnya mereka hanya menempah set kerusi dan meja untuk kedua-dua lokasi. Maksudnya selepas upacara majlis perkahwinan, tuan rumah akan mengalih kerusi dan meja tersebut ke lokasi kenduri makan. Ini tidak sepatutnya diamalkan kerana masa mungkin tidak mengizinkan dan pada keadaan dewan yang dipenuhi dengan tetamu, amat sukar untuk memungah meja dan kerusi tersebut.

Kesimpulannya, walaupun banyak duit terpaksa dibelanjakan untuk suatu majlis perkahwinan, akan tetapi memang segelintir benda tidak boleh dikecualikan. Jika ianya dikecualikan, maka akan wujudnya ketidak-sempurnaan majlis. :)

Faktor-faktor Yang Menentukan Destinasi Untuk Berbulan Madu

Boleh dikatakan hampir kesemua pengantin baru yang berkahwin pada hari ini akan pergi berbulan madu. Setelah tamatnya majlis perkahwinan,  menuju ke tempat pelancongan yang dipilih amat sesuai untuk menghilangkan rasa keletihan di hari perkahwinan dan pada masa yang sama menikmati suasana indah di tempat baru. Destinasi yang dipilih sama ada tempatan ataupun luar negara. Ini terpulang kepada pilihan pengantin baru yang biasanya dipengaruhi oleh masa dan bajet.

berbulan madu

Penentu-penentu Destinasi Untuk Berbulan Madu

  • Kestabilan Politik Dan Ekonomi

Sebelum anda memilih destinasi tujuan untuk berbulan madu, kestabilan politik dan ekonomi di tempat yang ingin dikunjungi patut diberi perhatian yang serius. Jangan memilih negara yang politik dalaman yang tidak stabil seperti sentiasa berperang sesama sendiri. Begitu juga ekonomi negara tersebut. Cuba jauhi negara yang ekonomi tidak bagus. Contohnya negara Greece yang baru sahaja isytihar muflis.

  • Keselamatan

Di negara India, ramai pelancong wanita telah ditangkap dan dirogol oleh orang-orang tempatan. Di Iraq, selalunya berlaku peperangan. Nyawa anda akan terancam jika pergi ke tempat tersebut. Saya percaya mood untuk berbulan madu akan hilang jika berlakunya pengeboman di sekitar hotel tempat tinggal anda.

  • Pengangkutan dan Komunikasi

Ini juga harus dipertimbangkan. Pengangkutan dari satu kawasan ke kawasan yang lain haruslah lancar. Begitu juga dengan sistem komunikasi mereka. Contohnya di Kemboja, sistem pengangkutan dan komunikasi mereka tidak maju. Anda harus bersedia menghadapi situasi ini jika bercadang berbulan madu di situ.

  • Cuaca

Perlu ambil perhatian mengenai cuaca di destinasi tujuan. Jika anda tidak tahan sejuk, jangan pula memilih negara yang bermusim salji sebagai destinasi.

  • Bajet Untuk Berbulan Madu

Bajet merupakan faktor dalaman pengantin itu sendiri. Jika ada bajet, mereka boleh memilih destinasi yang jauh dan mewah. Contohnya ke negara Euro. Untuk negara Asia pula, negara Jepun merupakan pilihan yang bagus. Jika bajet tidak mencukupi, banyak juga tempat pelancongan tempatan yang boleh dipertimbangkan. Contohnya Pulau Redang, Langkawi dan sebagainya.

Berbulan madu dengan pasangan merupakan percutian pertama setelah berkahwin. Pastikan anda membuat semakan dan survey yang mencukupi ke atas tempat yang ingin lawati supaya mood tidak dirosakkan.

Bagaimanakah Untuk Kekal Sihat Ketika Berbulan Madu?

Berbulan madu selepas majlis perkahwinan sudah menjadi satu trend di masa kini. Ini disebabkan pembangunan sistem pengangkutan yang canggih serta kos yang lebih murah. Contohnya di Malaysia, kita boleh membeli tiket kapal terbang yang murah sama ada melalui MAS ataupun Airasia. Banyak destinasi negara luar yang pada suatu ketika dahulu tidak mempunyai penerbangan terus oleh syarikat penerbangan negara kita. Namun, pada masa kini ianya tidak lagi menjadi batasan kerana hampir kesemua destinasi pelancongan yang menarik menjadi liputan penerbangan dua syarikat penerbangan pioneer negara kita. Dengan itu, pengantin baru mempunyai lebih banyak tempat pilihan untuk berbulan madu.

Cuba bayangkan anda yang telah membuat perancangan untuk berbulan madu dengan suami / isteri awak semenjak beberapa bulan awal sebelum majlis perkahwinan, tetapi apabila tiba masanya untuk bertolak ataupun pada ketika sedang bercuti di destinasi pilihan, salah seorang daripada anda jatuh sakit. Ini pasti sakit hati kan?

Cara-cara Untuk Kekal Sihat Ketika Berbulan Madu

  • Air

Jangan minum air paip yang tidak dimasak di negara lain. Ia mungkin tidak sebersih di rumah anda yang ada pasang penapis air. Kurangkan aktiviti berenang di kolam air untuk kurangkan peratusan jangkitan kuman. Walaupun air paip di hotel yang anda sistem penapisan, anda digalakkan untuk memasak air tersebut sebelum minum. Ada kes yang berlaku di India di mana pelancong meminum air paip tanpa masak terpaksa masuk wad kerana demam panas.

  • Bersiap Sedia

Membuat persediaan yang rapi boleh menjamin trip anda menjadi lancar. Persediaan yang dimaksudkan ialah menyediakan ubat-ubatan seperti vitamin c, ubat nyamuk, tisu basah dan sebagainya.

  • Bersenam

Setiap hotel ataupun villa pastinya mempunyai bilik gym. Anda perlu mengagihkan masa untuk membuat senama aerobic, yoga dan sebagainya. Jangan asyik menikmati makanan yang sedap dan istimewa ketika bercuti. Senaman perlu dijalankan agar tidak jatuh sakit kerana terlalu banyak makan.

berbulan madu

Photo courtesy of AmanResorts

  • Safety First Ketika Berbulan Madu

Ketika berbulan madu adalah saat yang paling hebat untuk menimba pengalaman baru. Tetapi pastikan tidak melebihi had anda. Contohnya jika anda mempunyai masalah lemah jantung, maka anda seharusnya menjauhi aktiviti yang merangsangkan.

Bercuti ke destinasi pelancongan amat menyeronokan lebih-lebih lagi berbulan madu bersama pasangan hidup. Jangan biarkan penyakit menghalang anda daripada menikmati saat-saat manis berdua-duaan di destinasi pilihan.

Sebab-sebab Rakyat Malaysia Kurang Menabung

Adakah anda mengalami masalah tidak menabung? Anda tidak bersendirian kerana ramai rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa juga mengalami masalah ini. Setiap orang mempunyai alasan kenapa tidak menabung. Untuk mengatasi masalah ini, terlebih dahulu kita perlu mengenal pasti masalah tersebut. Setelah itu, baru kita bekerja keras ke arah menghapuskan alasan kita dan mencari penyelesaian yang lebih baik.

Pada tahun 2012, Visa telah membuat satu kaji selidik yang terdiri daripada 900 peserta. Kajian tersebut mendapati 1 daripada 5 responden tidak mempunyai sebarang simpanan ataupun tabungan. Dalam pada itu, juga didapati 70% daripada responden tidak mampu bertahan selama 3 bulan untuk kes kecemasan jika tidak bekerja.

 5 Alasan Tidak Menabung

  •  Pendapatan Rendah

Buat masa ini, gaji minima untuk pekerja di Semenanjung Malaysia ialah RM900.00. Untuk Sabah dan Sarawak pula, gaji minima yang ditetapkan oleh kerajaan ialah RM800.00.

Dengan pendapatan ini, jangankan hendak menabung, hendak membeli barang-barang keperluan hidup pun menjadi masalah lebih-lebih lagi jika anda tinggal di kawasan bandar. Untuk yang mendapat gaji 4 atau 5 angka sebulan, mereka tidak mengalami sebarang masalah untuk menabung.

  •  Tiada Pengetahuan Tentang Kepentingan Kewangan

Ramai yang tidak menabung kerana mereka tidak pandai buat perancangan. “Failing to plan is planning to Fail”. Mereka yang gagal membuat perancangan kebanyakan masanya akan gagal. Setiap individu harus mengambil kira jumlah pendapatan sebulan dan membuat bajet perbelanjaan persendirian. Cuba sedaya untuk mendapatkan bajet yang positif di mana setiap bulan terdapat baki wang untuk simpanan.

  •  Komitmen Yang Banyak

Satu lagi penyebab ramai kurang menabung ialah terpaksa membayar hutang yang banyak. Ramai yang terperangkap di di dalam kategori ini kerana terpaksa membayar credit kard, PTPTN, loan peribadi, loan pinjaman rumah dan kereta. Menurut laporan daripada bank, setiap hari terdapat 41 orang Malaysia diistiharkan muflis dan kebanyakan mereka berumur kurang daripada 44 tahun. Punca-punca utama ialah gagal untuk membayar balik loan kereta, kredit kad an loan peribadi.

  •  Malaysia Pusat Membeli Belah

Tidak ber-shopping merupakan perkara yang amat sukar untuk kebanyakan rakyat Malaysia. Dengan adanya pusat membeli belah di sekeliling, pasar malam, jualan gudang setiap hujung minggu, tidak membeli belah amat menyeksakan. Saya rasa ini merupakan sebab utama kita tidak mempunyai wang untuk membuat simpanan.

  • Tanggapan Silap Untuk Menabung

Salah satu syarat untuk menabung, anda perlu berjimat cermat. Setiap kali semasa kerajaan membuat pengumuman terdapat kenaikan harga minyak, ramai yang akan berebut untuk mengisi minyak. Mereka ingat, ia dapat menjimatkan wang. Konsep ini tidak betul sebenarnya. Contohnya jika anda memakai kereta Myvi, sebelum harga minyak naik dari RM2.05, kereta anda mampu diisi RM57.40 (RM2.05 x 28liter). Setelah harga minyak naik ke RM2.15, jumlah kos minyak ialah RM60.20 (RM2.15 x 28liter). Jumlah yang dapat dijimatkan untuk sekali sahaja ialah RM2.80. Ini mungkin cukup untuk sebungkus nasi lemak. Jangan buang masa untuk benda yang remeh macam ini, cari jalan lain yang lebih berguna untuk menjimat dan menabung.

Sikap ingin menabung harus dipupuk semenjak masa kecil lagi. Ramai yang tetapkan maklamat sama ada jangka pendek atau panjang untuk mengalakkan diri sendiri untuk menabung. Contohnya, tetapkan maklamat jangka pendek untuk membeli sebuah motosikal. Maka ini akan menjadi satu galakan ataupun daya gerak untuk mula menabung.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...